Acara Microsoft Build: AI Day Ditunda Ke Satu Tarikh Yang Akan Diumumkan Kelak

TechnologyDigital
15 Mar 2024 • 3:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa Microsoft akan mengadakan acara Microsoft Build: AI Day di Jakarta, Bangkok dan Kuala Lumpur pada 19-21 Mac ini, dengan CEO syarikat tersebut, Satya Nadella akan melakukan ucaptama di setiap lokasi tersebut.

Hari ini, kami telah diberitahu bahawa acara tersebut, sekurang-kurangnya untuk jelajah Kuala Lumpur telah ditunda ke satu tarikh yang diumumkan kelak. Tiada alasan yang diberikan tentang mengapakah acara tersebut ditunda, tetapi ia bermaksud bahawa bukan sahaja Satya Nadella tidak akan hadir ke acara ini, tetapi acara tersebut sekaligus ditunda.

Kami telah bertanya kepada pihak Microsoft, dan mereka mengesahkan bahawa acara ini ditunda untuk ketiga-tiga lokasi di Jakarta, Kuala Lumpur dan Bangkok, tetapi tiada sebab diberikan. Tarikh baru acara ini juga belum diketahui lagi, tetapi mereka mengatakan bahawa ia akan diumumkan apabila Microsoft bersedia untuk mengadakan acara ini sekali lagi kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved