ACCA tingkatkan kemahiran 1,000 guru Perakaunan, penuhi sasaran 60,000 akauntan menjelang 2030

LocalBusiness & Finance
22 Sep 2026 • 10:40 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

ACCA tingkatkan kemahiran 1,000 guru Perakaunan, penuhi sasaran 60,000 akauntan menjelang 2030 Image from: ACCA tingkatkan kemahiran 1,000 guru Perakaunan, penuhi sasaran 60,000 akauntan menjelang 2030 amree22/09/2026 - 10:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Sept — Seramai 1,000 guru Prinsip Perakaunan di seluruh negara diberi peluang meningkatkan kemahiran perakaunan dan kewangan sebagai sebahagian usaha memperkukuh saluran bakat Malaysia ke arah sasaran 60,000 akauntan menjelang 2030.

 

Inisiatif itu menerusi kerjasama badan profesional perakaunan global, Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dengan memberi pendedahan kepada pendidik memperkenalkan bidang kerjaya kepada pelajar.

 

Melalui program itu, guru mengikuti ACCA Diploma in Financial and Management Accounting (RQF Level 2) bagi memperkukuh pengetahuan selain meningkatkan keupayaan membimbing pelajar mengenai peluang luas dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan.

 

"Kumpulan pertama 156 pendidik menerima sijil tamat program pada Majlis Educator Excellence and Appreciation Ceremony 2026 bertemakan 'Empowering Educators, Shaping Futures' di Hotel Le Méridien Kuala Lumpur pada 21 September 2026," kata kenyataan ACCA.

 

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, sasaran melahirkan 60,000 akauntan menjelang 2030 memerlukan pelaburan bukan sahaja terhadap tenaga kerja semasa, malah generasi akan datang perlu didedahkan awal kepada bidang perakaunan di sekolah.

 

Beliau berkata guru Prinsip Perakaunan mempunyai peranan penting dalam membantu pelajar memahami bahawa perakaunan bukan sekadar satu mata pelajaran, sebaliknya laluan kepada pelbagai peluang kerjaya dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan.

 

ACCA_DagangNews2026
HELEN BRAND

 

Menurutnya, profesion itu kini semakin berkembang denga ada kaitan rapat dengan teknologi, kelestarian, strategi perniagaan, keusahawanan serta pembuatan keputusan, menjadikan kemahiran tersebut semakin relevan dengan keperluan dunia pekerjaan.

 

"Penekanan kemahiran berfikir dan aplikasi pengetahuan ini turut selari dapatan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025, yang menunjukkan peningkatan Malaysia dalam literasi Sains dan Bacaan, namun terdapat keperluan literasi Matematik," katanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif ACCA, Helen Brand berkata pendidik merupakan rakan penting dalam usaha meningkatkan literasi kewangan dan membangunkan bakat diperlukan majikan, khususnya perniagaan yang semakin dipengaruhi dengan perkembangan teknologi.

 

Kerjasama ACCA dan KPM, turut bertujuan memperluas pendedahan pelajar kepada pendidikan berkualiti, dengan sokongan TYMBA Education sebagai ACCA Platinum Approved Learning Partner yang menyediakan pengajaran, sokongan akademik dan pelaksanaan program.

 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, kumpulan pertama guru terbabit turut berperanan sebagai duta pendidik ACCA, bagi meningkatkan kesedaran pelajar mengenai laluan profesional seperti Foundations in Accountancy (FIA) dan ACCA Qualification.

 

"Usaha ini diharapkan memberi kesan berganda dengan memperkukuh keupayaan guru dan pada masa sama memperluas pendedahan pelajar kepada bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan sebagai persediaan menghadapi keperluan tenaga kerja masa depan," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved