Di acara Acer Day hari ini, Acer Malaysia turut mengumumkan ketibaan Aspire Lite 14 baharu dengan rekaan eksklusif. Bukan itu sahaja, laptop ini turut tidak lagi terhad kepada cip Intel Celeron kerana ia kini ditawarkan dengan pilihan Intel Core i3-1215u dan Intel Core i5-1235u.

Aspire Lite 14 menggunakan skrin 14″ WUXGA IPS FHD (AL14-51M-34K6) dan 14″ WQXGA+ 2.2k IPS (AL14-51M-51Y5) bernisbah 16:10. Versi Intel Core i3 dipadankan dengan memori 8GB DDR5 RAM + 512GB PCIe NVMe Gen4 SSD, sementara versi Intel Core i5 pula dengan 16GB DDR5 RAM + 512GB PCIe NVMe Gen4 SSD. Untuk bateri ia boleh bertahan sehingga 10 jam dan menyokong pengecasan 65W.

Laptop ini turut dilengkapi dengan 4 port USB dengan USB-C yang menyokong sambungan ke paparan. Panel belakang mempunyai corak khas yang hanya ditawarkan di acara Acer Day selagi stok masih ada. Untuk harga jualan model i3 adalah RM1,999 sementara model i5 pula RM2,599. Potongan harga RM200 diberikan dengan TnG RM150 bagi sesiapa yang membelinya.
