Acer Day 2025 Kembali Pada 3 Ogos Ini – Menyambut Ulang Tahun Ke-35 Di Malaysia

TechnologyDigital
23 Jul 2025 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer Day merupakan acara jualan yang cukup istimewa dimana jenama Acer di Malaysia dan rantau Asia Pasifik akan memberi banyak diskaun dan tawaran harga istimewa untuk pelbagai produk mereka, dari siri produktiviti ke gaming dan juga gaya hidup.

image is not available

Pada tahun ini, Acer Day akan kembali pada 3 Ogos 2025, dengan tempoh promosi jualan bermula pada 24 Julai 2025 sehingga 30 September 2025 ini. Kali ini, selain daripada pelancaran produk-produk baru, Acer Malaysia juga akan menyambut ulang-tahun ke-35 mereka di Malaysia dengan acara-acara tambahan seperti pesta karnival, pertandingan pickleball, jerayawara, jualan kilat dan lain-lain.

image is not available

Pada tahun ini, Acer Malaysia akan mengadakan acara karnival Acer Day Carnival di seluruh negara, bermula dengan Kota Bharu, Kelantan pada 24 Julai 2025 dan akan ke 17 lokasi berbeza, termasuklah Kota Kinabalu, Miri, Kuching, Bukit Mertajam, Alor Setar dan lain-lain.

image is not available

Kemuncak karnival Acer Day ini akan berlaku pada 14-24 Ogos 2025 di pusat membeli-belah IOI CIty Mall Putrajaya yang akan menjadi lokasi karnival terbesar Acer Day pada tahun ini.

image is not available

Setiap hentian karnival Acer Day di seluruh Malaysia juga akan hadir dengan pelbagai aktiviti menarik, disamping promosi jualan untuk banyak produk-produk Acer yang ditawarkan di pasaran tempatan, termasuklah:

  • Tetikus Acer USB Mouse – RM1.99 (harga asal RM30)
  • Acer Aspire Lite 14 (AL14-32P-C8AG) – RM1,199 (harga asal RM1,599)
  • Acer Nitro V 15 (ANV15-41-R0XX) – RM2,299 (harga asal RM 2,849)
  • Acer Nitro KG270X1 – RM379 (harga asal RM549)
  • AOPEN QF23s – RM399 (harga asal RM649)
  • Acer Nitro NGR300 – RM79 (SRP RM199)
  • Acer Predator Gaming Chair Black – RM399 (SRP RM1,299)
  • Acerpure CHEF KF1 – RM 299 (SRP RM799)

image is not available

Para pengunjung juga boleh menyertai “Six-Word Challenge!”, di mana mereka dijemput untuk berkongsi pengalaman Acer mereka dalam enam perkataan. Para pemenang akan berpeluang untuk memenangi ganjaran daripada kumpulan hadiah bernilai RM150,000, termasuk:

  • Sepasang tiket Pusingan Akhir VCT Pacific Stage 2 di Jepun (Termasuk tiket pergi dan
    pulang dan penginapan)
  • Basikal premium
  • Peralatan gim
  • E-baucar RM200 Adidas dan lain-lain.

Acer Malaysia juga akan mengadakan pertandingan pickleball untuk pelajar universiti pada 3 Ogos 2025. Juara pertandingan akan menerima RM20,000 dalam tunai biasiswa, menekankan komitmen Acer untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan golongan belia.