Acer Day kini kembali lagi dan kali ini lebih meriah dengan pelbagai promosi untuk produk Acer kegemaran anda. Dari diskaun besar-besaran sehinggalah ke pelbagai aktiviti menarik yang memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan produk-produk Acer sama ada secara percuma mahupun pada potongan harga yang tinggi.

Ini termasuklah jualan kilat bagi produk Acer pada potongan harga sehingga RM3,600. Jualan kilat ini diadakan setiap hari Sabtu bermula dari 3 Ogos sehingga 8 September bermula dari pukul 2 petang sehingga 6 petang. Untuk rebut peranti sebelum stok habis, anda boleh mula beratur dari pukul 12 tengahari. Oleh itu, mari kita lihat apa promosi yang menarik ditawarkan pada Acer Day kali ini.
1. Lengkapkan Aksesori Gaming Anda Pada Potongan Harga Sehingga RM700
Tentu ada dikalangan anda yang teringin untuk memiliki aksesori gaming yang lengkap supaya pengalaman bermain permainan video lebih memuaskan dan selesa. Namun, selalunya harga bagi aksesori gaming sudah pastinya mahal, bukan?

Melalui Acer Day, anda boleh dapatkan aksesori gaming seperti Acer Nitro Gaming Chair yang ditawarkan pada harga RM99 berbanding harga asalnya RM799. Aksesori lain seperti Acer Wired Mouse turut ditawarkan pada harga RM1.99 sahaja berbanding harga asalnya RM29. Anda boleh melengkapkan lagi aksesori gaming dengan mendapatkan Acer Vero Mousepad, pada harga RM3.99 berbanding harga asalnya RM79. Terdapat juga barangan lain pada harga promosi seperti beg bagasi, pad tetikus dan macam-macam lagi.
2. Komputer Riba Juga Turut Menerima Potongan Harga Sehingga RM1,400
Jika anda sedang mencari komputer riba, satu pilihan yang anda boleh pertimbangkan untuk membeli ketika promosi ini sedang berlangsung adalah Acer Nitro V 15. Ia diberikan potongan harga sebanyak RM1,400 sekaligus menjadikan harganya daripada RM4,399 kepada RM2,999.

Selain itu, terdapat juga Aspire Vero (AV14-52P-58H1) yang turut mendapat potongan harga sebanyak RM1,300, menjadikan harganya hanya RM1,799 berbanding RM3,099. Bagi anda yang gemar melakukan kerja secara multi-tugas, anda boleh mempertimbangkan Nitro KG261M3 yang ditawarkan pada harga promosi RM349 berbanding harga asalnya RM699.
3. Diskaun Sehingga RM3,600 Untuk Perkakasan Rumah Siri Acerpure
Untuk pengetahuan anda, Acer bukan sahaja menawarkan produk komputer malah juga dari segi perkakasan rumah melalui Siri Acerpure. Bagi anda yang mencari penapis air untuk kegunaan di rumah, anda boleh dapatkan Acerpure Aqua WP1 pada RM1,599 yang jauh lebih murah dari harga asalnya RM3,599.

Disamping itu, jika anda sedang mencari pembersih udara untuk kegunaan di rumah pula, anda boleh dapatkan Acerpure Pro P3 yang diberi potongan harga sebanyak RM3,600. Potongan harga ini sekaligus menjadikan harga pembersih udara ini daripada RM5,599 kepada RM1,999 sahaja. Namun, jika anda mencari alternatif untuk pembersih udara yang lebih murah, anda boleh dapatkan Acerpure Pro P2 Classic yang dijual pada harga RM399 sahaja berbanding RM899.
4. Tawaran Khas Untuk Jualan Kilat Hanya Di Plaza Low Yat
Bukan itu sahaja, Acer juga turut memberikan tawaran khas bagi jualan kilat di Plaza Lowyat. Dimana 50 pelanggan pertama yang beratur, anda berpeluang untuk membeli Acerpure Pro P3 bernilai RM5,599 dengan hanya RM1. Disamping itu, Predator CG48 yang dijual pada harga RM2,999 berbanding harga asalnya RM5,999. Sesuai buat anda yang mencari monitor gaming untuk digunakan bersama konsol bagi tujuan permainan video.

Bagi anda yang mahukan komputer riba Acer Aspire Vero 14 tapi mempunyai bajet bawah RM1,500, anda boleh pertimbangkan membeli Acer Aspire Vero (AV14-52P-309G) pada Acer Day kali ini kerana ia diberi potongan harga sebanyak RM1,200. Ia sekaligus menjadikan harga komputer riba ini kepada RM1,399 sahaja. Jika anda mempunyai bajet lebih, anda boleh pertimbangkan untuk membeli Predator Helios Neo 16 yang dijual pada harga RM4,599 selepas potongan harga sebanyak RM1,900.
Kesimpulan
Boleh dikatakan ini adalah peluang emas untuk anda mendapatkan peranti idaman dengan potongan harga ‘kaw-kaw’ kerana tawaran seperti ini amat jarang berlaku. Mungkin hanya setahun sekali, sempena Acer Day. Jika anda sudah lama menunggu promosi yang ditawarkan, ini merupakan masa yang sesuai untuk dapatkan peranti dari Acer.

Acer juga turut menawarkan promosi eksklusif di kedai e-dagang rasmi bermula dari 1 Ogos sehingga 30 September dengan diskaun sehingga RM500. Malah, ada juga jualan kilat yang bermula dari 5 Ogos sehingga 15 September dengan diskaun sehingga RM1,400.

Jika anda berminat, bolehlah kunjungi Acer Day di lokasi yang tertera diatas bermula 1 Ogos sehingga 8 September. Melaluinya, anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui aktiviti yang diadakan dan juga tawaran kredit Touch’n’Go eWallet bagi pembelian produk-produk Acer terpilih. Perlu diingatkan juga bahawa segala produk yang ditawarkan bagi promosi ini ditawarkan selagi stok masih ada. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah pada harga promosi sempena Acer Day bagi menikmati pelbagai tawaran menarik.
Penafian: Advertorial dari Acer Malaysia
- Layari : Laman Web Rasmi Acer Malaysia
- Layari : E-Dagang Rasmi Acer Malaysia
- Teks Asal – Izzah Sofea


