Acer Nitro 16 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM5,799

TechnologyDigital
9 Aug 2023 • 4:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer hari ini mengumumkan ketersediaan rasmi komputer riba Nitro 16 untuk pasaran Malaysia. Dengan fokus terhadap permua kasual, ia direka khusus buat para gamers pemula yang turut boleh dimanfaatkan untuk sejumlah perkara lain.

image is not available

Bagi yang berminat komputer riba ini dijual bermula RM5,799 (AN16-41-R47N), RM6,399 (AN16-41-R5ZW) dan RM7,999 (AN16-41-R39F). Hadiah menarik bernilai sehingga RM828 turut diberikan untuk mana-mana pembelian yang dibuat sekarang hingga 17 Ogos 2023.

Acer Nitro 16 dilengkapi dengan skrin IPS WQXGA sebesar 16″ yang juga menyokong kadar segar semula 165Hz. Ini digabungkan lagi dengan pilihan CPU AMD Ryzen 7 7840HS dan Ryzen 9 7940HS. Sementara itu pilihan kad grafiknya pula merangkumi NVIDIA GeForce RTX 4050, GeForce RTX4060 dan GeForce RTX4070.

image is not available

Memori pula sehingga 32GB DDR5, storan sehingga 1TB Gen4 PCIe NVMe SSD dan bateri 90Wh. Tidak ketinggalan, terdapat juga kamera HD disertakan bagi tujuan telesidang bersama sistem pembesar suara terbina. Pilihan I/O ialah HDMI, USB, 2 X USB 3.2 Gen 1, 1 X USB 3.2 Gen 2, 1 X USB 3.2 (Type-C) dan palam RJ-45.