Acer Nitro V 16 Dilancarkan Dengan Pemproses Siri AMD Ryzen 8040

TechnologyDigital
7 Dec 2023 • 3:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer telah melancarkan komputer riba gaming Nitro V16 baharu yang dikuasakan oleh pemproses sehingga AMD Ryzen 7 8845HS. Kemudiannya digabung juga dengan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4060 bersama teknologi DLSS 3.5.

image is not available

Berkongsi lebih lanjut komputer riba ini mempunyai pilihan paparan WQXGA atau WUXGA sebesar 16-inci dengan kadar segar semula 165Hz dan masa tindak balas 3ms. Sebagai tambahan ia juga menawarkan nisbah skrin-ke-badan bersama pembesar suara dengan DTS:X Ultra.

Terdapat juga sejumlah fungsi yang mengintegrasikan AI terbina seperti Acer PurifiedView pada kamera web, dan Acer PurifiedVoice 2.0 pula dengan tiga mikrofon bersama teknologi pengurangan bunyi. Suhu peranti juga boleh dipantau melalui NitroSense utility App dengan butang khusus.

image is not available

Selain itu Nitro V 16 juga mempunyai pelbagai port dan sambungan termasuk USB 4 Type C, dua port USB 3 (satu untuk pengecasan offline), HDMI, pembaca kad mikroSD dan menyokong WiFi 6E. Ia akan dipasarkan pada bulan Mac 2024 pada harga permulaan USD 999.99 (~RM4,674).