Acer Orion X, desktop kompak mudah alih berinspirasikan kapsul angkasa dilancar

20 Apr 2023 • 10:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Predator Orion X adalah desktop gaming terbaharu yang dilancarkan Acer. Desktop kompak ini menggunakan papan utama berformat mATX. Jadi anda boleh jangkakan saiznya yang mudah alih. Beratnya adalah 9kg, padan dengan komponen-komponen berprestasi tinggi yang terkandung di dalamnya.

image is not available

Desktop Orion X mempunyai rekaan badan yang unik. Ia mengambil inspirasi daripada kapsul angkasa dengan tahap selenggara tinggi. Badan Orion X terbahagi kepada tiga zon yang masing-masing boleh dibersihkan dengan mudah kerana panel badannya dilekatkan dengan sendal dan bukannya skru. Makanya, ia boleh dibersihkan dengan mudah tanpa peralatan khas. Hal-hal menaik taraf komponen juga jadi mudah.

image is not available

Orion X hadir dalam beberapa varian pada pelbagai tangga harga. Spesifkasi paling tinggi untuknya menampilkan CPU Intel generasi ke-13 daripada model Core i9-13900KS yang kalau anda tak terasa "wow", cip ini ada 24 teras dan 32 bebenang pemproses dan clockspeed cip ini boleh mencapai 6Ghz dalam keadaan overclock.

image is not available

Bersama-sama CPU berkuasa tinggi, GPU yang sekufu juga dipadankan bersama-sama. Pengguna boleh menemui GPU sehingga GeForce RTX4090 yang turut disejukkan menggunakan cecair bagi mengekalkan prestasi pada tahap tertinggi walaupun beroperasi dalam satu tempoh yang panjang. RTX4090 Orion X mengandungi VRAM seluas 24GB daripada jenis G6X.

image is not available

Ditujukan buat para gamers dan pencipta kandungan di luar sana, Predator Orion X didatangkan dengan RAM sehingga 32GB DDR5-5600 untuk pastikan proses multiaplikasi menjadi lancar. Storan data boleh dilakukan pada dua slot storan sehingga 2TB.

image is not available

Daripada segi ketersambungan, Predator Orion X bersambung dengan Internet melalui sambungan Intel Killer E3100G berkabel ataupun Intel Killer Wi-Fi 6E AX211 secara wayarles. Port I/O yang disediakan adalah 1 USB-C, 7 USB-A pelbagai generasi, jek audio kombo, dan RJ-45 untuk sambungan LAN.

Predator Orion X akan mula dijual dalam pasaran A.S dalam bulan September pada harga bermula USD3,000 (RM13,304).