Acer Predator Triton Neo 16 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM9,999

TechnologyDigital
13 Jun 2024 • 3:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer Predator Triton Neo 16 diumumkan secara rasminya di Malaysia sebagai sebuah lagi komputer riba gaming berkuasa. Ia menawarkan gabungan CPU dan GPU terkini yang menjadikannya tampil premium dalam kelasnya.

image is not available

Untuk spesifikasi komputer riba menggunakan skrin IPS 16-inci dengan resolusi WQXGA (2560 x 1600) dengan kadar segar semula 240Hz. Skrin juga hadir dengan sokongan untuk teknologi NVIDIA G-SYNC untuk paparan imej berkualiti tinggi bersama warna lebih jelas.

image is not available

Padanan CPU Intel Core Ultra 9 185H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 bersama teknologi DLSS 3.5 digunakan untuk tunjang utama. Diikuti juga dengan memori 32GB LPDDR5X dan storan dalaman 1 TB SSD sebagai pelengkap. Terdapat juga fungsi yang mengintegrasikan AI terbina seperti Acer PurifiedVoice 2.0 disertakan pada mikrofon 3D bersama teknologi pengurangan bunyi. Suhu peranti juga boleh dipantau melalui PredatorSense 5.0 App dengan butang khusus.

image is not available

Selain itu, Predator Triton Neo 16 juga mempunyai pelbagai port dan sambungan termasuk HDMI, USB-C (Thunderbolt 4) serta pembaca kad Micro SD. Ia dipasarkan di Malaysia dengan harga RM9,999 sebuah melalui semua pengedar sah Acer Malaysia. Menariknya lagi apabila mana-mana pembelian yang dibuat diantara 13 hingga 25 Jun 2024 berpeluang menerima Acer Melbourne Luggage 20 (bernilai RM999).

image is not available

Dalam pada itu, orang ramai yang membeli mana-mana produk Predator termasuk Triton Neo 16 sebelum 21 Jun 2024 juga berpeluang sertai kempen cabutan bertuah. Hadiah yang ditawarkan cukup menarik berupa sepasang tiket ke kejohanan VCT Pacific Season Finals di Korea Selatan yang bernilai sehingga RM10,000.