Acer Swift 14 AI Diperkenalkan – Kuasa AI Dalam Pakej Nipis Dan Ringan

TechnologyDigital
21 May 2024 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersempena dengan pengumuman siri komputer riba Microsoft Copilot+ di acara Microsoft Build semalam, pelbagai jenama PC telah memperlihatkan penawaran komputer riba Copilot+ mereka sendiri, termasuklah Acer.

Acer memperlihatkan komputer riba Acer Swift 14 terbaru mereka, iaitu Acer Swift 14 AI yang dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X Elite dan juga Snapdragon X Plus yang baru diperkenalkan.

image is not available

Komputer riba ini turut hadir dengan paparan skrin sesentuh OLED bersaiz 14.5 inci dengan resolusi 2.5K yang cukup tinggi sekali. Bergantung kepada konfigurasi cip yang digunakan, komputer riba ini tampil dengan jumlah memori LPDDR5X setinggi 32GB dan tampil dengan storan SSD PCIe Gen4 sebesar 1TB.

Dari segi bateri pula, komputer riba ini tampil dengan bateri sebesar 75Wh untuk penggunaan sepanjang hari, dimana Acer mengatakan bahawa Swift 14 AI ini mempunyai kecekapan penggunaan bateri 30 peratus lebih baik berbanding dengan Macbook dengan cip pemprosesan Apple M2.

image is not available

Ciri-ciri lain termasuklah sokongan untuk sambungan WiFi 7 terbaru dan ciri-ciri AI yang diperkenalkan oleh Microsoft termasuklah Windows Recall, Windows Hello, perisian penyeragaman AcerSense, Acer PurifiedVoice dan Acer User Sensing yang akan mengunci komputer riba sekiranya kamera mengesan kehadiran seseorang di belakang pengguna.

Acer Swift 14 AI dijangka akan dilancarkan di beberapa pasaran terpilih dalam masa beberapa bulan lagi.