Acer Swift Go 14 terima manfaat Intel Core Ultra 7 dalam badan 1.3kg

Digital
15 Dec 2023 • 9:52 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Acer tanpa melengahkan masa ingin mula memanfaatkan kehebebatan cip terbaharu Intel Meteor Lake apabila turut mengemas kini barisan Swift Go 14 mereka. Cip Core i5-13500H yang boleh anda temukan pada laptop RM3,899 dalam gedung Acer bakal diganding dengan Intel Core Ultra 7 155H.

image is not available

Selain daripada perubahan cip pemproses, lain-lain komponen pada Swift Go 14 (2024) didapati sama sahaja seperti versi 2023. Panel paparannya menggunakan panel OLED 14" beresolusi 2880 x 1800 (16:10) dengan kadar segar semula 90Hz. Acer turut tawarkan panel paparan OLED 1920 x 1200 sebagai pilihan lebih mampu milik.

image is not available

RAM sebanyak 16GB menggunakan modul LPDDR5 mendampingi cip pemproses terbaharu itu bersama-sama storan 1TB.

image is not available

Port I/O yang diterima pengguna tidak semewah Asus Zenbook 14 OLED. Berdasarkan laman spesifikasi, tiada satupun daripada 2 port USB-C menyokong Thunderbolt 4. Selain USB-C, anda juga terima USB-A, HDMI, dan slot mikro-SD.

image is not available

Kekurangan pada spesifikasi menyebabkan Acer beralih kepada sentimen kelestarian alam untuk memasarkan laptop mereka. Pad sesentuh laptop ini katanya diperbuat daripada bahan OceanGlass, peratusan bahan kitar semula ditingkat lebih 44% berbanding produk generasi sebelum ini.

Laptop ini seberat 1.32kg dan hayat baterinya diiklankan sebagai sehingga 12.5 jam sementara kapasiti bateri yang sebenar tidak pula diiklankan.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sumber: Acer

Bacaan Berkaitan