Acerpure COZY F6 Smart Circulator Fan Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM799

LocalDigital
25 Nov 2026 • 6:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acerpure COZY F6 Smart Circulator Fan Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM799

Kipas dengan 32 tahap kelajuan mungkin kedengaran berlebihan namun itulah antara tarikan yang dibawakan oleh Acerpure COZY F6 Smart Circulator Fan yang kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Melaluinya, pengguna boleh melaraskan aliran udara mengikut keperluan masing-masing dengan lebih mudah.

Image from: Acerpure COZY F6 Smart Circulator Fan Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM799

Ia juga mampu menghasilkan aliran udara sejauh 25 meter. Turut disertakan ialah penapis karbon aktif yang boleh dicuci serta teknologi PINOKI Ionizer untuk membantu meningkatkan kualiti udara dalaman. Kipas ini juga dilengkapi fungsi pemasa pintar dengan tetapan hidup dan mati automatik, di samping menyokong mod AI, Sleep dan Turbo. Ia turut menawarkan fungsi ayunan automatik sehingga 120 darjah secara mendatar dan 85 darjah secara menegak bagi memastikan pengedaran udara yang lebih menyeluruh.

Image from: Acerpure COZY F6 Smart Circulator Fan Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM799

Melengkapi ciri yang ditawarkan ialah reka bentuk dengan ketinggian boleh laras sekali gus memberikan kebebasan penggunaan dalam pelbagai situasi. Bagi yang berminat, Acerpure COZY F6 Smart Circulator Fan dijual pada harga RM799 namun ditawarkan pada harga promosi RM699 sehingga 12 Disember 2026. Pembelian dalam tempoh promosi turut didatangkan dengan kipas tangan HF1 percuma (bernilai RM199) serta ganjaran Touch ‘n Go eWallet RM40.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved