Achey Bocey ikut MAPIM Rangers misi bantuan banjir di Johor

9 Mar 2023 • 8:36 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

SEGAMAT: Sukarelawan pacuan empat roda 4×4 MAPIM Rangers kini berada di Chaah, Segamat Johor bagi meneruskan misi kemanusiaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Misi kali ini turut disertai oleh pelawak terkenal, Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey.

Malah, beberapa sukarelawan lain yang turut menyertai mereka antaranya Southern Volunteers, Bukit Kapar Care, Majlis Belia Segamat, RS Megatravel, Signboard Malaya dan ramai lagi bagi bersama-sama menghulurkan tenaga serta bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas.

image is not available

Menurut Herman Haji Amanah, wakil MAPIM Rangers KL-Selangor, dia mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Achey, Bukit Kapar Care, Southern Volunteer serta ramai lagi yang bersama-sama turun padang bagi menjayakan misi kemanusiaan banjir di Johor.

image is not available

“Bagi misi yang akan datang, MAPIM Rangers akan bergerak ke Batu Pahat bagi meneruskan misi kemanusiaan membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejsa dan memerlukan,” tambah Herman.

Banjir besar telah melanda Johor sejak minggu lalu. Chaah, Segamat adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas banjir di Johor.

Penduduk Chaah memaklumkan bahawa banjir di kawasan itu paling buruk dalam tempoh lebih 20 tahun menyebabkan hampir keseluruhan pekan selain Balai Polis Chaah, ditenggelami air.

image is not available

image is not available

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066