Achey hadiahkan isteri X50 sempena birthday, pertama kali koyak plastik. ‘Myvi second hand sampai lumat, kerap tersadai’

LocalCars
16 Apr 2026 • 3:23 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Achey hadiahkan isteri X50 sempena birthday, pertama kali koyak plastik. ‘Myvi second hand sampai lumat, kerap tersadai’

PELAWAK popular, Achey tidak pernah gagal menghargai pengorbanan isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau lebih dikenali sebagai Anne.

Sempena ulang tahun kelahiran suri hatinya baru-baru ini, Achey membuat kejutan istimewa apabila menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis X50 menggantikan Perodua Myvi terpakai.

Menurut Achey, hadiah tersebut diberikan lebih awal daripada tarikh sebenar hari lahir Anne pada 21 April berikutan kereta lama mereka sering mengalami masalah.

“Bismillah… happy advance birthday mama. Terpaksa bagi awal sebab Myvi buat hal lagi. Benda nak pakai untuk urusan harian awak, tak dapat nak bagi pada tarikh birthday sebenar.

"Anda nampak saya busy kan? Dia dua kali ganda busy daripada saya menguruskan almost semua benda syarikat.

 

“Myvi tu kena betul-betul check balik untuk wear and tear. Awak sidai tepi jalan pun dah berapa kali,” kongsinya berseloroh.

Dalam masa sama, Achey turut berkongsi perjalanan mereka dalam memiliki beberapa buah kenderaan sebelum ini, namun akhirnya tetap kembali menggunakan kereta sederhana.

“Belikan Audi TT tapi dia jual. Belikan Mercedes Tiara tak nak naik, jadi jual. Kononnya belikan Mustang nak merasa, tapi kami jual juga sebab bayaran bulanan tinggi dan tak selesa digunakan.

“Akhirnya Myvi juga dia bedal sampai lumat,” ujarnya.

Kata Achey lagi, hadiah X50 itu bukanlah untuk kemewahan semata-mata, sebaliknya bagi memastikan urusan harian isterinya lebih mudah dan selesa.

“Moga dengan kemunculan X50 ini, urusan harian awak lebih terjaga dan mudah. Tak banyak yang saya fikir, janji awak selesa untuk melunaskan tugasan seharian,” katanya.

 

Anne dilihat menitiskan air mata dan sempat menanggalkan plastik pembalut tempat duduk kenderaan.

Rupanya Anne pertama kali berbuat demikian kerana sebelum ini mereka membeli kenderaan terpakai.

"First time dia dapat koyak plastik. Sebelum ni henyak Myvi first model sampai lumat. Ni Myvi rosak lagi, iyalah model lama. Myvi dia bedal sembilan tahun beli second hand.

"Vellfire dua tahun kita bedak setiap kali ada perjalanan penting. Daripada odometer kosog kepada 200,000 kilometer. Kalau Vellfire boleh bercakap, megamuk dua. Bagi dia rehat sikit," titipnya.

Perkongsian tersebut turut menyentuh hati ramai apabila mengetahui kesetiaan Anne yang tetap setia di sisi Achey sejak susah hingga senang, termasuk ketika mereka melalui fasa kehidupan yang mencabar.

Sekadar info, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018.

 

 

View Original Article