“Acik Nak Juga” – Wanita Dipercayai Tetamu Minta Tapau Lauk Walaupun Kenduri Belum Mula [Video]

Food
18 Sep 2023 • 12:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebut sahaja tentang kenduri atau majlis, terutamanya majlis perkahwinan, pastinya kita akan terbayang masakan atau menu menarik yang dihidangkan oleh tuan tumah istimewa buat tetamu jemputan.

Malah, ada segelintir tuan rumah yang baik hati sanggup membungkuskan lauk buat tetamu terutama jika terdapat lebihan lauk-pauk hasil daripada majlis yang diadakan.

Ia juga sebagai salah satu cara tuan rumah untuk menghargai tetamu dan bersedekah melalui cara tersebut.

Lazimnya, amalan membungkus lauk ini dilakukan sekiranya terdapat lebihan makanan daripada kenduri yang diadakan.

Namun, lain pula dengan seorang tetamu yang sanggup meminta untuk menapau lauk sebelum majlis bermula.

Wanita Berkeras Mahu Bungkus Lauk, Minta Pihak Katering Bagi

Semalam, kecoh di media sosial tindakan tetamu wanita berkenaan yang berkeras mahu membungkus lauk daripada katerer.

Apa yang menarik perhatian adalah tindakannya itu yang meminta lauk sebelum kenduri bermula.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @wan_takaful, kelihatan wanita berkenaan berkeras meminta pihak penyedia makanan itu membungkus lauk untuknya.

“Diorang kan dah bayar, takkan satu bungkus lauk pun tak boleh tapau?” kata wanita berkenaan kepada dua orang pekerja katering tersebut.

“Tak boleh cik. Kalau akhir-akhir tu boleh laa kitaorang nak bungkus,” balas pekerja berkenaan.

Namun, wanita itu dilihat tetap bekeras mahu pekerja katering itu membungkus lauk untuknya walaupun pekerja berkenaan menyatakan bahawa mereka tidak menerima apa-apa arahan atau kebenaran dari tuan rumah atau pengurus.

“Acik (mak cik) nak juga, cik nak dua, tiga jenis lauk je (saja),” katanya

Pekerja Kekal Tenang, Maklum Akan Tanya Kepada Manager

Pekerja katering berkenaan dilihat kekal tenang dalam mengatasi masalah yang dihadapi itu. Kedua-duanya juga dilihat cuba menenangkan wanita berkenaan dan memujuknya bahawa mereka tetap akan bungkuskan lauk sekiranya terdapat lebihan di akhir majlis.

“Mak cik pun duduk sini lama, nanti kami boleh bungkuskan akhir-akhir nanti.

“Nanti kami bincang dengan pengurus tapi sekarang memang tak boleh,” kata mereka.

Difahamkan, video yang telah mendapat lebih 2 juta tontonan itu direkodkan oleh pemilik video yang sedang merakamkan lauk pengantin dan kejadian dipercayai berlaku sebelum majlis bermula kira-kira jam 10.30 pagi.

Namun, setakat ini tiada maklumat sama ada warga emas berkenaan merupakan tetamu atau ahli keluarga tuan rumah.

Malah, tiada video tambahan yang menjelaskan apa yang berlaku selepas kejadian tersebut.

@wan_takaful

Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita yang dipercayai tetamu itu yang mahu membungkus lauk walaupun kenduri belum bermula.

Malah, ada di antara mereka yang turut berkongsikan pengalaman yang sama berdepan dengan sikap segelintir individu yang suka tapau makanan walaupun kenduri atau majlis belum habis.

Tapi Orang Kampung Selalu Majlis Belum Selesai Pandai-Pandai Tapau Sendiri

image is not available

Dah Standby Bekas, Biasa Buat Ni

image is not available

Memang Ada Jenis Macam Ini, Datang Rewang Tidak, Tapi Dia Yang Membungkus Dulu

image is not available

Biasa Tuan Rumah Yang Tapaukan Atau Bagi Keizinan, Ini Suka-Suka Je

image is not available

Lauk Pauk Had Untuk Jemputan, Bukan Untuk Ditapau

image is not available

Dengar La Ceramah Ustaz Azhar Idrus Pasal Kenduri

image is not available

image is not available

Apakah Hukum Membungkus Makanan Kenduri?

Untuk info, berdasarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum membungkus lauk kenduri adalah harus sekiranya mendapat keizinan daripada tuan rumah atau majlis.

Namun, ia boleh menjadi haram sekiranya tidak mendapat keizinan daripada tuan rumah atau tuan majlis walaupun makanan yang dibungkus itu dalam kuantiti yang sedikit.

Source: