ACLE: Kami Tidak Bernasib Baik Untuk Tersingkir Dengan Cara Sebegini – TMJ

Football
12 Mar 2025 • 9:24 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

“Kami tidak bernasib baik untuk tersingkir dengan cara sebegini dalam perlawanan malam tadi, termasuk beberapa keputusan,” demikian titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas kepada Buriram United 0-1 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) pada Selasa.

Kami tidak bernasib baik

Walaupun kecewa dengan keputusan tersebut, TMJ tetap berbangga dengan semangat juang yang ditampilkan oleh pasukan selain menegaskan kesediaan untuk terus memperkukuh JDT agar mampu bersaing dengan kelab-kelab terbaik Asia.

image is not available

“Saya bertekad untuk meletakkan Johor di peta bola sepak dan bersaing dengan pasukan terbaik di Asia serta komited untuk terus membuat pelaburan bagi memperkukuh JDT di dalam dan luar padang,” titah baginda menerusi satu hantaran di laman Facebook.

image is not available

Foto: FB TMJ

Tunku Mahkota Ismail berkata, pihaknya telah mengenal pasti kelemahan dalam pasukan dan perancangan baharu sudah disusun sejak beberapa bulan lalu.

“Kami sedang menunggu jendela perpindahan dibuka semula sebelum musim hadapan,” ujarnya.

Dalam pada itu, baginda tidak lupa menghargai sokongan luar biasa penyokong JDT yang membanjiri Stadium Sultan Ibrahim, sekali lagi mencatat kehadiran tertinggi di laman sendiri.

Pada masa sama, Tunku Mahkota Ismail turut mengucapkan tahniah kepada Buriram United atas kejayaan mara ke pusingan seterusnya.

image is not available

Foto: Bernama

Difahamkan, ia kekalahan pertama skuad kendalian jurulatih Hector Bidoglio dalam kancah ACLE di laman sendiri musim ini.

Sumber: Facebook HRH Crown Prince of Johor