Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) meluahkan kekecewaannya selepas perlawanan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, JDT melepaskan peluang untuk meraih kemenangan di tempat sendiri bertemu Buriram United apabila sekadar seri 0-0 dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) semalam. 
Bagi pemilik JDT, Tunku Ibrahim jelas kecewa dengan persembahan para pemainnya dengan beranggapan skuadnya melakukan “kesilapan bodoh” di tempat sendiri.

Foto: Instagram @hrhcrownprinceofjohor
“Nasib baik tidak kalah. Terima kasih tak terhingga atas sokongan semua,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Foto: Instagram @officialjohor
The post ACLE: Nasib Baik Tidak Kalah – TMJ appeared first on Borak Daily.



