ACLE: Seri lawan Ratchaburi, jurulatih JDT jawab kritikan

LocalFootball
25 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

ACLE: Seri lawan Ratchaburi, jurulatih JDT jawab kritikan

Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berpuas hati membawa pulang satu mata selepas terikat 1-1 menentang Ratchaburi dalam perlawanan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), selepas gagal mempertahankan kelebihan satu gol di gelanggang lawan, malam tadi.

Harimau Selatan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Guilherme pada minit ke-36 untuk membolehkan JDT menuju ke bilik persalinan dengan kelebihan 1-0.

Bagaimanapun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Ratchaburi bangkit menyamakan kedudukan menerusi Njiva pada minit ke-56.

Kata ketua jurulatih juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu, sebagai pasukan pelawat yang bertandang ke kubu kuat tuan rumah, Xisco Munoz mengakui ia adalah aksi sukar, namun tetap memberikan yang terbaik agar tidak pulang dengan tangan kosong.

“Ia satu perlawanan yang sukar buat kami. Ada kalanya kami mengawal permainan tetapi ada juga masa kami hilang kawalan.

"Pada pentas ACLE, cabaran memang sukar kerana intensiti dan tahapnya berbeza.

“Pada akhirnya, kami berjaya mendapatkan satu mata dan sudah pasti mahu menambah baik menjelang aksi berikutnya di laman sendiri dan di hadapan penyokong sendiri.”

“Sudah pasti kami akan perbetulkan beberapa perkara terutamanya ketika pasukan ada peluang untuk menjaringkan gol dan merapatkan jurang," katanya.

Wakil Malaysia itu kini menduduki tempat ketujuh dan masih berpeluang ke pusingan seterusnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved