“Action Speaks Lounder Than Words..” – Pernah Lantang Menyokong Palestin, Daiyan Trisha Dikecam Promosi Jenama Sokong Zionis

Music
12 May 2024 • 2:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama penyanyi dan pelakon popular, Daiyan Trisha bersama beberapa artis-artis lain kembali menjadi bualan netizen apabila didakwa masih tidak berhenti menyokong dan mempromosikan produk atau jenama yang menyokong Israel.

Teguran sinis daripada netizen

Menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman X baru-baru ini, seorang individu telah menulis pesanan khas untuk aktres tersebut.

Dalam perkongsian itu, individu tersebut mempersoal tindakan artis-artis yang masih mempromosikan jenama yang menyokong Zionis meskipun mengetahui situasi saudara Islam di Palestin ketika ini.

Hi Daiyan Trisha, ini untuk awak. Awak inspirasi saya ketika menulis ni.

Respon netizen

Dalam pada itu, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kecewa dan tak berpuas hati dengan sikap selebriti yang tidak menggunakan landasan media sosial mereka untuk tujuan memberi kesedaran berkenaan peperangan yang berlaku.

Actually, projek atau kerja dia semua mediacore. Dia tak ada pon any drama or lagu yang betul-betul hit macam at least some local selebriti. Yang dia ada hanya aesthetic feed flashing all zionist designers.

 

Saya cuba be positive maybe sebab dah sign contract before 7 Oktober. Tapi tahun depan saya tak positif lagi. Action speaks louder than words.

image is not available

Terdahulu, Daiyan merupakan salah seorang artis yang lantang menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin di akaun Instagramnya. Bagaimanapun, pelakon ini masih lagi mempromosikan jenama-jenama antarabangsa yang diketahui menyokong Israel.

image is not available 4 days ago

"Buat Bazir Kertas Je.." - Puisi Daiyan Trisha Dikritik Tidak Original, Individu Dakwa Tak Perlu Jadi Penulis

View Original Article