Ada 2 Hotel Sendiri, Pegawai TLDM Didakwa Paksa Kontraktor Sewa -SPRM

LocalPolitics
30 Jan 2026 • 9:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang memiliki dua hotel didakwa memaksa kontraktor menyewa penginapan miliknya bagi menempatkan pekerja.

image is not available

Didakwa tuntut 6-8 kontraktor sewa hotel miliknya

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan individu berkenaan didakwa menuntut antara enam hingga lapan kontraktor supaya menyewa hotel miliknya memandangkan kontrak dengan TLDM melibatkan penggunaan pekerja luar yang memerlukan penginapan.

“Sebabnya kontrak dengan TLDM menggunakan pekerja luar, jadi mereka perlu penginapan.
“Dipaksanya (kontraktor) untuk bayar. Jadi, nak tanya sekarang saya nak tuduh pemberi ke penerima?
“Ini yang penerima ini ada dua hotel,” katanya dalam Podcast Kolar Hitam SPRM, hari ini.

image is not available

  Azam Baki dedah tindakan pengawai kanan tersebut

Menurut Azam, dalam kes seumpama itu, pemberi rasuah sering berada dalam keadaan tertekan dan dipaksa, sekali gus memberi kesan besar terhadap kelangsungan perniagaan mereka.

“Kehidupan mereka dalam satu tekanan dan paksaan, bisnes dia juga akan bankrap,” tambahnya.
image is not availableArtikel lain: SPRM Beku 21 Akaun Bank, Sita Aset Milik Pegawai Kanan TLDM Bernilai Dua Juta

Terdahulu, SPRM menahan seorang pengarah syarikat serta seorang pegawai kanan TLDM kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah dengan mengesyorkan dan melantik syarikat kroni bagi mendapatkan kerja sebut harga di lokasi pegawai berkenaan bertugas.

Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 29 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sumber: YouTube SPRM

The post Ada 2 Hotel Sendiri, Pegawai TLDM Didakwa Paksa Kontraktor Sewa -SPRM appeared first on Borak Daily.