“Ada ‘Air Crash’ Dekat Elmina, You Okay?” – Bekas Isteri Tanya Keadaan Tanpa Disangka Bekas Suaminya Mangsa Pesawat Terhempas

Entertainment
18 Aug 2023 • 9:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mesej yang dihantar bekas isteri salah seorang mangsa nahas pesawat, Heikal Aras mengundang rasa sebak ramai warganet.

Menerusi perkongsian di TikTok, tangkap layar mempamerkan mesej itu di mana dia menghantar pautan berita nahas tersebut.

Niatnya mahu memeriksa keadaan arwah namun tanpa disangka rupanya lelaki itu merupakan salah seorang individu yang berada di dalam pesawat terhempas berkenaan.

Ada ‘air crash’ dekat Elmina. You okay?”

Menerusi hantaran itu juga, dia turut memuatkan foto-foto arwah Heikal termasuklah bersama anak-anak dan kariernya sebagai seorang juruterbang.

Awak tidak mati, awak hanya terbang lebih tinggi. Tetapi anak-anak sangat rindukan awak.”

Ramai warganet mengucapkan takziah kepadanya dan mendoakan mereka sekeluarga kuat untuk menghadapi ujian berat ini.

image is not available 2 days ago

Tinggal Kenangan, Gurauan Manja Pemandu E-Hailing Mangsa Nahas Pesawat Jadi Memori Terakhir Si Isteri