
Sudah tentu anda cukup familiar dengan nama Moo Deng ini melainkan anda duduk di bawah tempurung. Kerana penangan bayi badak air atau bayi hippo ini sudah menular di seantero dunia!
Apa yang menarik mengenai bayi hippo ini sehingga menjadi bintang sensasi di internet? Sudah tentu kerana dia adalah bayi hippo yang paling comel sekarang, malah karakter dan personalitinya juga cukup sassy! Itu yang menjadi kegilaan orang ramai. Sekarang ini semua teringin nak bela baby hippo, paling-paling pun ingin berkunjung ke Khao Kheow Open Zoo di Sriracha, Chonburi.
Bayi hippo popular ini telah dilahirkan di Zoo Khao Kheow pada 10 Julai 2024, dan sejak itu setiap gelagatnya bukan saja menarik perhatian pengunjung zoo, malah satu dunia terhibur. Ini apa yang anda perlu tahu mengenai bintang cilik Moo Deng.
[Foto: Khao Kheow Open Zoo/Facebook]
Kenali Moo Deng

Bagi anda yang tidak tahu, ibu dan bapa Moo Dengan ini bernama Jonah and Tony, dan apa yang lebih menarik nama Moo Deng ini sebenarnya dipilih berdasarkan undian umum, yang mana sebanyak 20,000 undian diterima atas nama Moo Deng!
Dalam bahasa Thai, Moo Deng ini bermaksud “bouncy pork”. Bahan ini biasanya ada di dalam makanan Thai yang popular seperti mee, tom yum dan macam-macam lagi.
Bagaimana Moo Deng boleh tular?
Agak sukar untuk ditujukan gambar atau posting yang mana menyebabkan Moo Deng ini tular di internet. Nak diikutkan gambar pertama yang dikongsikan di media sosial adalah di Facebook Zoo Khao Kheow. Dan kini gambar itu telah tersebar di seluruh dunia, malah di aplikasi X juga dilihat ramai yang ‘repost’ semula gambar tersebut.
Sejak Moo Deng menjadi popular di media sosial, Zoo Khao Kheow ini telah dibanjir dengan pengunjung! Tidak putus-putus kunjungan dari orang ramai hingga pihak penguasa terpaksa mengehadkan kunjungan setiap hari. Untuk bulan Sepetember sahaja, di kunjungan sebanyak dua kali ganda diterima. Disebabkan itu, pihak zoo juga mengambil kesempatan ini dengan melancarkan koleksi terhad barang-barang dengan gambar Moo Deng, seperti baju, seluar dan macam-macam lagi.
moo deng is a lifestyle icon and i need all of yall to get onboard:
– inexplicably moist at all times
– slightly blurry in most photos
– probably screaming or sleeping
– round pic.twitter.com/VtgOPf1PAS— House ⚔️ gf haver (@mrmatthouse) September 11, 2024
Populariti Moo Deng mengancam keselamatan
Adakah Moo Deng adalah Britney Spears dalam dunia haiwan? Walaupun tidak menghiasi kulit majalah high fashion, Moo Deng, haiwan comel ini berjaya menjadi peghias kulit majalah TIME dan telah dipaparkan dalam kempen kecantikan untuk Sephora Thailand.
Walau bagaimanapun, disebabkan populariti yang mencanak naik ini, muncul satu video menunjukkan pelawat yang membaling objek pada Moo Deng dan menyimbahnya dengan air untuk menggerakkannya. Ini membuatkan netizen bimbang dengan keselamatan Moo Deng, dan mengecam tindakan pelawat tersebut, sambil menggesa zoo meningkatkan keselamatan.
Rentetan dari insiden itu, Zoo Terbuka Khao Kheow mengancam tindakan undang-undang kepada mereka yang mengganggu Moo Deng, dan telah memasang kamera keselamatan di sekeliling kandang.
Had pengunjung ke zoo
Disebabkan tularnya Moo Deng ini, zoo melaporkan 700-800 pengunjung pada hari bekerja, dan sehingga 6,000-7,000 pada hujung minggu. Untuk menampung bilangan orang, dan untuk memastikan keselamatan badak air kecil ini, zoo telah menggubal dasar berikut:
- Masa tontonan maksimum lima minit dengan kumpulan dihadkan kepada 30-50 orang
- Laluan baharu untuk menggalakkan dan membawa pengunjung melihat tarikan lain selepas melihat Moo Deng
- Kandang itu kini dilengkapi dengan kamera keselamatan
- Papan tanda amaran dalam bahasa Thai, Inggeris dan Cina untuk memberi amaran kepada orang ramai tentang
- Undang-undang anti-kekejaman haiwan
Strim langsung 24 jam juga dilancarkan di Zoodio, platform penstriman langsung tertumpu haiwan di mana anda boleh menonton haiwan dengan bayaran.
Perlu diingatkan bahawa badak air sepeti Moo Deng termasuk dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi bagi spesies terancam, dilabelkan sebagai spesies terancam dengan trend populasi yang semakin berkurangan. Bilangan badak air di hutan liar dianggarkan kurang daripada 2,500 di seluruh dunia.
Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia

