Ada Bahan Terlarang Dalam Kereta Dipandu, Polis Cekup Anak Bekas Pemimpin Negara

LocalPolitics
24 Aug 2025 • 6:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kecoh di media hari ini apabila anak bekas pemimpin negara ditahan polis selepas ditemukan dadah dalam kereta yang dipandunya di Lebuhraya Sprint, semalam.

image is not available

sekadar gambar hiasan

Anak bekas pemimpin negara disahkan ditahan

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan lelaki berusia 20-an itu.

“Ya, saya sahkan,” katanya ringkas.

image is not available

Dadah ditemui dalam kereta dipandu anak bekas pemimpin negara

Difahamkan, tangkapan berkenaan dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang dijalankan di sekitar Damansara.

image is not available

sekadar gambar hiasan

Dalam operasi tersebut, polis menemui sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

Sumber turut memaklumkan suspek berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah sebelum ini.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)