“Ada Bau-Bau Nak Buka Tudung” – Penampilan Terbaru Norreen Iman Jadi Tumpuan, Peminat Doakan Yang Terbaik

Entertainment
7 Jul 2026 • 11:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perkongsian terbaharu pempengaruh dan pelakon Noreen Iman di media sosial mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik beberapa keping foto dirinya mengenakan hijab gaya turban, selain ada juga gambar yang memperlihatkan dirinya hanya memakai topi.

Menerusi hantaran di Threads, Noreen berkongsi beberapa foto yang memaparkan rutin serta kehidupannya sejak kebelakangan ini.

Advertisement
View this post on Instagram

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menitipkan nasihat serta doa agar pelakon berkenaan terus istiqamah dalam menjaga aurat.

“Ada bau-bau nak buka tudung. Kuatkan semangat Noreen. Ingat hidup ini sekejap saja,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi netizen turut memberikan kata-kata semangat agar Noreen terus berusaha menjadi lebih baik.

View this post on Instagram

“Tak perlu jadi lebih baik daripada orang lain. Cukuplah kita jadi lebih baik daripada diri kita semalam. Insya-Allah boleh,” komen seorang lagi.

Tidak kurang juga yang menitipkan pesanan supaya Noreen terus mendekatkan diri kepada Allah meskipun berdepan pelbagai pandangan orang ramai.

“Jauh daripada manusia tak mengapa, jangan jauh daripada Allah. Kita cuba ya.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

norman hakim2026-07-07 09:45:06

"Diam Pasti Menang" - Netizen Puji Memey Suhaiza, Tetap Tenang Walau Terpalit Isu Abby Abadi & Marissa Dania

The post “Ada Bau-Bau Nak Buka Tudung” – Penampilan Terbaru Norreen Iman Jadi Tumpuan, Peminat Doakan Yang Terbaik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved