Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Beli MG Sebab Ada Penjimatan Eksklusif

LocalCars
7 Mar 2025 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

MG Motor Malaysia kini menawarkan penjimatan eksklusif, insentif kewangan, serta naik taraf tempat duduk premium kepada pelanggan yang ingin beraya dengan lebih bergaya menerusi kempen ‘MG Raya Lebih Gaya’.

Menerusi kempen ini, sedan segmen B terbesar di Malaysia, MG5, kini ditawarkan dengan rebat tunai RM10,000 dan ansuran bulanan serendah RM860.

MG 5 adalah pilihan paling ideal bagi mereka yang mahukan ruang luas dan gaya moden.

image is not availableimage is not available

Tawaran ini sah sehingga 31 Mac 2025.

Bagi pelanggan yang mempertimbangkan kenderaan elektrik, anda boleh menikmati ansuran percuma sehingga 20 bulan untuk MG ZS EV, MG4 EV Lux, dan MG4 EV Standard, dengan nilai masing-masing RM26,000, RM16,000, dan RM8,500.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Tawaran istimewa ini memberikan ketenangan minda serta penjimatan besar kepada pemilik baharu.

Lebih menarik, pemilik baharu dan sedia ada MG4 Standard kini boleh menaik taraf kepada tempat duduk Leatherette dengan kemasan Suede pada harga eksklusif RM1,600.

image is not available

SUV MG HS turut menjadi sebahagian daripada sambutan ini dengan rebat RM5,000, menawarkan keseimbangan terbaik antara keselesaan, prestasi, dan teknologi canggih.

Sebagai tambahan, setiap pembelian kenderaan MG dalam tempoh promosi ini disertakan dengan Blind Box Giveaway.

image is not availableimage is not available

Pengedar Sah MG juga menganjurkan MG Lebih Gaya Weekend dengan memberikan pelanggan peluang untuk memandu uji model MG dan menikmati tawaran eksklusif ini.

Dengan Raya Lebih Gaya, pelanggan MG dapat menikmati lebih banyak penjimatan, keselesaan yang dipertingkatkan, dan sentuhan kemewahan sepanjang musim perayaan. Kunjungi bilik pameran MG terdekat untuk maklumat lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved