Ada Berita Baik Untuk Orang Melaka, Esok Ada Diskaun Saman Trafik Sehingga 50%

LocalPolitics
13 Dec 2024 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman trafik sehingga 50% sempena Program PDRM bersama Kerajaan Negeri Melaka, pada hari esok.

PDRM berkata semua saman layak menerima diskaun itu kecuali saman kemalangan, saman non compoundable,saman bicar mahkamah, saman memotong secara berbahaya dan menggunakan lorong kecemasan.

image is not available

"Selain itu, diskaun saman itu juga tidak diberikan kepada mereka yang mempunyai saman yang melanggar lampu merah, memotong garisan kembar dan saman status Op Selamat," katanya.

Untuk itu, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan awal melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM bagi melancarkan proses pembayaran saman nanti.

Kaunter pembayaran saman ini akan dibuka di hadapan Restoran Mc Donalds, Jalan Merdeka, Dataran Pahlawan pada hari esok bermula pukul 8.30 pagi hingga 9 malam.