“Ada Budak Dari Kelantan Kongsi, Benda Tu Jadi Dekat Dia” – Penonton Jijik Dengan Lakonan Rosyam Nor

LocalEntertainment
13 Mar 2025 • 4:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
keluarga itu

Watak Iman dalam drama sensasi Keluarga Itu yang dilakonkan oleh pelakon berbakat, Rosyam Nor mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Penonton meluahkan rasa jijik dengan watak haruan makan anak yang menjadikan darah daging sendiri sebagai tempat memuaskan nafsu.

“Saya hanya berlakon” – Rosyam Nor

image is not available

Memberi respon kepada perkara itu, Rosyam Nor dalam laporan HibGlam berkata, ia hanya sekadar lakonan.

Beliau memahami bahawa karakter yang dibawanya itu menimbulkan perasaan meluat, jijik dan benci dalam kalangan penonton.

Saya seorang pelakon dan itu memang tanggungjawab untuk bawa watak sebegitu kerana drama adalah satu platform yang boleh mendidik masyarakat.

Rosyam mengakui bahawa watak Iman dalam drama arahan Erma Fatima ini sememangnya berat dan mencabar.

Keluarga Itu sarat pengajaran, terjadi di kehidupan realiti

image is not available

Baginya, jika seseorang benci dengan karakter tersebut, itu menunjukkan dia telah berjaya menjiwai peranan yang diberikan.

Tetapi mungkin ada di antara perbuatan-perbuatan saya itu membuatkan orang jijik, geli dan meluat. Kalau ikutkan, apa sangat reaksi yang saya buat pun.

Beliau berkata lagi, Keluarga Itu adalah satu naskah yang bagus dan penuh dengan pengajaran. Jelasnya, kejadian tersebut sebenarnya berlaku di kehidupan realiti dan sering disorokkan.

Baru-baru ni, ada seorang dari Kelantan kongsi itu yang berlaku dekat dia. Memang dah viral dan ramai orang komen mereka pun lalui perkara sama.

Rosyam juga meminta orang ramai agar tidak menilai keseluruhan drama hanya berdasarkan klip pendek yang tular di media sosial.

Baginya, pemahaman sebenar hanya boleh diperoleh dengan menonton keseluruhan episod di platform yang betul.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: HibGlam (Nur Emira Saizali)


The post

appeared first on

.