
Semalam kami ada melaporkan yang seorang lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim telah pun ditahan.
Menurut laporan Harian Metro, ada satu cerita yang tersebar mengenai kejadian itu dimana suspek yang terbabit sempat berpatah balik mengutip botol asid yang tercicir sebelum melarikan diri.

Ketika itulah dua lelaki menaiki motosikal menghampiri Faisal dan seorang menyimbah asid ke arahnya.
Selepas simbah asid, suspek lari tetapi sempat berpatah balik sebab nak ambil botol (asid) yang terjatuh.
Akibat insiden itu, pemain bola terbabit melecur teruk di badan, malah isterinya yang berada berhampiran turut terkena sedikit (simbahan asid) sehingga pakaiannya berlubang.
Apapun, semoga Faisal Halim cepat sihat ya. Ramai yang mendoakan.
Kredit: Harian Metro

