‘Ada dua insiden orang salah faham, saya, SOG tiada isu’

EntertainmentMusic
8 Oct 2026 • 10:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Ada dua insiden orang salah faham, saya, SOG tiada isu’

KUALA LUMPUR – Penyanyi Amir Masdi mengakui tidak terasa hati dengan tindakan kumpulan SOG (Sekumpulan Orang Gila) yang didakwa terlupa menyebut namanya ketika dinobatkan sebagai pemenang kategori Kugiran Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) baru-baru ini.

Amir atau nama lengkapnya Amir Syazwan Masdi, 30, menganggap kemenangan tersebut sememangnya layak diraih SOG walaupun dia terlibat sama secara langsung dalam penghasilan lagu terbabit.

“Saya tak ada langsung isu dengan SOG. Dia ada dua insiden yang orang salah faham, satu sebab saya tak naik (pentas).

“Satu lagi, SOG terlupa nak sebut nama saya yang mana okey saja. Bagi saya tak ada apa-apa isu ataupun masalah langsung sebab itu lebih kepada kategori kugiran.

“Lebih kepada mereka melalui lagu Mahkota, di mana saya bersyukur saya membantu mereka menaikkan dalam kategori tersebut. Mereka berhak memilikinya,” katanya kepada Kosmo! Online ketika sidang media Amir Masdi – AM:PM Showcase, semalam.

Pada masa sama, pelantun lagu Nurcinta itu menjelaskan alasannya tidak naik ke pentas bersama-sama SOG kerana sedang membuat persediaan untuk melakukan persembahan pada malam terbabit.

“Saya tak naik sebab saya di belakang pentas ketika itu dan selepas kategori tersebut diumumkan adalah slot buat persembahan saya bersama Akim dan Azlan.

“Jadi alasan saya tak berada di atas pentas sebab tengah buat persediaan untuk persembahan,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Amir mendedahkan ahli SOG iaitu Raja Nazrin Shah bertindak mencarinya sejurus turun daru pentas bagi meraikan kejayaan bersama namun gagal dilaksanakan akibat kekangan masa.

“Selepas SOG turun pentas, dia cari saya di bilik menunggu nak meraikan sama-sama tapi kami tak dapat berjumpa.

“Abang (Nazrin) ada WhatsApp saya beritahu ‘Mir (nama panggilan Amir), aku terlupa (sebut nama), teruja sangat’.

“Saya cakap ‘Kalian punya ‘highlight’ dan saya teruja sebab boleh jadi sebahagian daripada itu melalui lagu Mahkota’.

“Saya pun berterima kasih kepada mereka sebab bagi saya peluang untuk berkolaborasi bersama,” jelasnya.

Sebelum ini, SOG dan Amir diumumkan merangkul trofi Kugiran Terbaik AIM25 menerusi lagu kolaborasi mereka, Mahkota.

Namun kemenangan tersebut menjadi bualan apabila SOG didakwa tidak menyebut nama Amir selepas menerima trofi tersebut.

Dalam masa sama, SOG menjelaskan mereka tidak pernah melupakan sumbangan Amir dalam karya tersebut malah secara khusus memberikan penghargaan kepada penyany berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Ada dua insiden orang salah faham, saya, SOG tiada isu’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved