Nampaknya Iqram Dinzly tampil memberi respons terhadap satu hantaran media tempatan yang menggunakan gambarnya dengan tajuk, “Bukan budak-budak lagi, sudah-sudahlah cari perhatian.”
Menerusi perkongsian di media sosial, Iqram secara terbuka meminta pihak editor media berkenaan untuk menurunkan kenyataan tersebut dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan Iqram, hantaran Utusan Malaysia berkenaan memaparkan fotonya bersama tajuk tersebut, manakala kapsyen menyebut namanya sering menjadi perhatian apabila diperkatakan.
Iqram turut mempersoalkan hantaran berkenaan menerusi satu lagi perkongsian dengan menyebut, “Apa kebabian @utusanonline ni? Ada Iqram Dinzly ganggu kehidupan mak kau ke hanat editor.”

Setakat perkongsian yang dimuat naik, Iqram jelas tidak berpuas hati dengan kenyataan berkenaan dan memberikan tempoh 24 jam supaya ia diturunkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Tak Hamak Nak Datang" - Pelakon Lelaki Kecewa Dihalau Dari Menghadiri KLFW2026
The post “Ada Ganggu Kep*kian Mak Kau Ke Hanat Editor?” – Iqram Dinzly ‘Mengamuk’ Di Threads first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

