Ada Gangguan Pihak Ketiga, Peguam Dedah Punca Nora Ariffin Fail Cerai!

LocalFamily & Parenting
21 Apr 2025 • 12:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Nora Ariffin

Keputusan penyanyi Datuk Nora Ariffin untuk memfailkan penceraian terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli ternyata bukan dibuat secara semberono. 

Menurut laporan mStar, tindakan itu dibuat kerana gangguan daripada pihak ketiga yang memberi kesan besar terhadap rumah tangga mereka dan perkara ini dikatakan sendiri Peguam syarie yang mewakilinya, Sarah Mohd Ali.

Perkahwinan mereka bahagia tetapi disebabkan ada gangguan daripada pihak ketiga, Nora terpaksa cari jalan cerai. Kalau tidak, dia akan terjejas dari mental dan fizikal.

Demi keselamatan, banyak perkara tak boleh didedahkan

image is not available

Menurut peguamnya, terdapat banyak perkara yang tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana melibatkan faktor keselamatan dan potensi saman terhadap anak guamnya.

Kita tidak boleh nak dedahkan terlampau mendalam. Kalau salah kata nanti Datuk (Nora) kena saman.

Difahamkan, sebutan pertama kes perceraian Nora dan Dr Rushdi akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 6 Mei ini.

Nora Ariffin nekad, sudah serahkan saman cerai

image is not available

Menurut Sarah lagi, saman cerai sudah pun difailkan dan akan diserahkan kepada pihak suami dalam masa terdekat.

Saya percaya Rushdi pun ada peguam dan dia sudah tahu mengenai perkara ini.

Untuk rekod, Nora sebelum ini menyatakan bahawa keputusan memfailkan cerai dibuat selepas campur tangan pihak luar yang merosakkan keharmonian perkahwinan mereka.

Dalam rumahtangga, gangguan luar boleh jadi racun paling berbisa. Kalau tak mampu selesaikan, lindungi diri sendiri dahulu. Mental dan fizikal bukan untuk dikorbankan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.