“Ada Graduan Hanya Terima RM2,000-RM2,500 Sebulan” – MPGN Gesa Kerajaan Semak Semula Struktur Gaji Negara

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2026 • 4:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (6 Ogos), Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) berkata trend penurunan gaji permulaan bagi graduan pada masa kini dilihat semakin ketara berbanding kira-kira dua dekad lalu selain menggesa kerajaan untuk meneliti semula struktur gaji negara.

’20 Tahun Lalu, Graduan Ijazah First Class Boleh Dapat Gaji RM3,500 Sebulan’ – Anuwar

Menurut ahlinya, Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, graduan dahulu yang mendapat kelulusan cemerlang mampu memperoleh pendapatan melebihi RM3,000, namun agak sukar untuk mendapatkan jumlah tersebut pada hari ini.

Image from: “Ada Graduan Hanya Terima RM2,000-RM2,500 Sebulan” – MPGN Gesa Kerajaan Semak Semula Struktur Gaji Negara

“Sekitar 20 tahun lalu, graduan baharu dengan ijazah pertama boleh memulakan kerjaya dengan gaji sekitar RM3,500 sebulan.

“Hari ini, akibat pertambahan jumlah graduan dan tekanan dalam pasaran pekerjaan, gaji permulaan semakin menghampiri kadar gaji minimum. Malah ada graduan hanya menerima antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan,” katanya pada Persidangan Wisdom Malaysia Kali Ke-2 (2026).

Jelas beliau, isu ini merupakan antara cabaran terbesar kerajaan bagi memastikan pasaran buruh kekal relevan dan mampan.

Peluang Pekerjaan Perlu Setanding Dengan Peningkatan Kemahiran Graduan

Tambah beliau lagi, dengan pertambahan graduan pada setiap tahun, kerajaan perlu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang berkualiti selari dengan pertumbuhan ekonomi negara.

“Penekanan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah langkah yang baik, namun usaha itu perlu disokong dengan pengembangan aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan yang setanding dengan kemahiran yang dimiliki graduan.

“Apabila graduan TVET memasuki pasaran pekerjaan, mereka tetap akan berdepan masalah yang sama sekiranya peluang pekerjaan berkualiti tidak berkembang seiring dengan peningkatan kemahiran,” katanya.

Image from: “Ada Graduan Hanya Terima RM2,000-RM2,500 Sebulan” – MPGN Gesa Kerajaan Semak Semula Struktur Gaji Negara

Tiada Mekanisme Jelas Untuk Pastikan Pekerja Berpeluang Dapat Gaji Lebih RM1,700 , Kata Anuwar

Sementara itu, Anuwar berkata ramai majikan yang hanya memfokuskan untuk memberi pekerjanya gaji minimum sebanyak RM1,700 seperti yang diselaraskan kerajaan.

Baca Artikel Berkaitan: “Banyak Syarikat Membantah”- Anwar Dedah Tak Mudah Naikkan Kadar Gaji Minimum RM1,700

Bagaimanapun, tiada mekanisme yang jelas bagi memastikan pekerja yang mendapat gaji sekitar RM1,800 atau RM1,900 turut menerima kenaikan gaji.

Oleh disebabkan itu, penelitian semula terhadap struktur gaji adalah penting bagi memberi peluang kepada pekerja menikmati pelarasan gaji secara berkala.

Image from: “Ada Graduan Hanya Terima RM2,000-RM2,500 Sebulan” – MPGN Gesa Kerajaan Semak Semula Struktur Gaji Negara
Foto: Malay Mail

“Keadaan ini menyebabkan ramai majikan hanya memberi tumpuan kepada pelaksanaan gaji minimum tanpa menyemak semula struktur gaji pekerja yang berada di atas paras berkenaan.

“Golongan inilah yang akhirnya terhimpit kerana pendapatan mereka hampir tidak berubah walaupun kos sara hidup terus meningkat,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Baca Artikel Berkaitan: “Wajar Gaji Pada Paras RM7,000” – Bekas Gabenor BNM & Pakar Ekonomi Sependapat Yang Gaji Di Malaysia Rendah

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Gaji RM1,700 Kerja 12 Jam Tapi OT Tak Dibayar, JTK Panggil Majikan [Video]

Malaysia Perlu Menguasai Teknologi & Inovasi Seperti Negara Maju Yang Lain

Tambahnya lagi, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) perlu lebih proaktif dalam menyusun strategi pembangunan industri yang selari dengan hala tuju Rancangan Malaysia Lima Tahun serta keperluan pasaran buruh negara.

“Saya melihat terlalu banyak tumpuan diberikan kepada usaha menarik pelaburan asing. Sudah tentu pelaburan asing penting, tetapi kebanyakannya datang kerana kos buruh rendah dan membabitkan industri yang berintensifkan buruh.”

Bagi mengembangkan industri tempatan, Anuwar berkata Malaysia perlu mencontohi negara-negara maju seperti Korea Selatan dari aspek penguasaan teknologi, inovasi dan peningkatan produktiviti.

“Sebahagian besar industri kita terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang kebanyakannya hanya menggaji (mengambil) sekitar 50 hingga 100 pekerja.

“Jika kita melihat sejarah, pada sekitar tahun 1960-an, tahap pembangunan Korea Selatan tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Namun hari ini, mereka jauh lebih maju kerana berjaya membangunkan industri tempatan yang berdaya saing dan berasaskan teknologi.”

Baca Artikel Berkaitan: Kadar Gaji Pekerja Wanita Di Malaysia Rendah Berbanding Pekerja Lelaki

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Punya Kerja Teruk” – Warga Asing Dedah Gaji RM5,000 Sebulan Undang Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Cadangan Gaji Bermaruah RM5,000 Tidak Realistik – MEF

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved