Pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi kisah di sebalik tercetusnya idea ibunya, Noor Kartini untuk menjual nasi ayam yang kini dijual pada harga RM26 sebekas.
Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa berkata semuanya bermula selepas resipi nasi ayam keluarga yang dimuat naik olehnya menjadi tular dan menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai di media sosial.
AdvertisementView this post on Instagram
“Pada awalnya, saya yang kongsi resipi nasi ayam dekat Instagram dan tiba-tiba viral pula. Ramai tag saya dan mama sampai satu saat mama kata dia nak cuba jual nasi ayam,” katanya.
Menurut Neelofa, hidangan tersebut bukanlah resipi baharu kerana ia sudah menjadi menu kegemaran keluarganya sejak mereka menetap di Pasir Mas, Kelantan lagi.
“Sejak kecil lagi dan zaman duduk kat Pasir Mas, Kelantan, menu inilah yang kami makan hingga sekarang. Ini kegemaran kami sekeluarga.”
“Siapa yang dah rasa, kebanyakkannya kata sedap tetapi ada juga yang kurang suka. Terpulang pada lidah masing-masing,” ujarnya.
Dalam masa sama, Neelofa menjelaskan dia tidak mempunyai masalah menerima pandangan atau ulasan jujur daripada pelanggan mengenai nasi ayam yang dijual.
Bagaimanapun, katanya, perniagaan tersebut hanyalah usaha sampingan ibunya yang kini tidak lagi bekerja dan dilakukan atas minat selain mahu membantu mereka yang berada di sekeliling.
“Saya nak pesan juga. Ada yang beri pandangan mereka mengenai nasi ayam ini. Sejujurnya, saya okay saja dengan orang yang buat review jujur pasal nasi ayam ni sama ada sedap atau tidak. Okay saja.”
“Mama buat nasi ayam ni sekadar sampingan memandangkan mama pun sudah tidak bekerja. Dia buat hanya sekadar suka-suka dan dalam masa sama membantu orang-orang sekelilingnya,” kongsinya.
Selain itu, kami kongiskan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Neelofa Sah Hamil Anak Ketiga, Peminat Teruja - "Dia Kena Beranak Banyak, Baka Elok"
The post “Ada Juga Yang Kata Tak Sedap..” – Nasi Ayam Mama Tini Jadi ‘Viral’, Neelofa Tidak Kisah Kritikan Pembeli first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






