“Ada Kerja Kosong?”- Belanja 50 Staff Sambal Nyet Bercuti, Khairul Aming Dipuji Netizen

Food
22 Jun 2022 • 11:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
khairul aming

Kalau sebut je nama Khairul Aming, mesti semua orang terus terbayang wajahnya dan masakan yang dibuat kan? Haa baru-baru ni, nama Khairul Aming sedang hangat diperkatakan oleh netizen kerana Khairul telah menaja percutian 50 staff sambal nyet bercuti ke Genting Highlands selama 4 hari 3 malam!

Kalau korang nak tahu, Khairul Aming telah menjual sambal nyet keluarannya lebih dari 900k botol! Sampai sekarang, masih ramai yang belum ada kesempatan untuk mencuba sambal nyet keluaran Khairul sebab asyik sold out je dekat Shopee tu.

Siap bagi duit poket!

image is not available

Haa disebalik penjualan sambal nyet ni, sudah pasti ada anak-anak muda yang bekerja keras untuk menghasilkan sambal nyet yang berkualiti!

Jadi, untuk menghargai jasa pekerja sambal nyet, Khairul Aming telah menaja percutian kesemua 50 pekerja ni ke Genting Highland! Best tak best?!

Bukan tu je, Khairul siap bagi ‘duit poket’ untuk pekerjanya berbelanja semasa bercuti. Dah la percutian percuma, siap dapat duit poket lagi! Siapa je yang tak suka, kan?

Tempat tidur pula, Khairul sediakan hotel 5 bintang untuk semua pekerja! Haih, memang impian semua pekerja la nak dapat boss macam Khairul ni.

Khairul Aming telah mendapat banyak pujian daripada netizen yang menonton video pendek yang dimuat naik di media sosialnya.

Rata-rata bertanyakan jika ada kerja kosong kerana nak rasa dilayan seperti pekerja-pekerja Khairul. Hahaha.

Semoga murah rezeki

image is not available

Betapa bestnya kerja kilang

image is not available

Kekayaan tak terletak pada berapa biji kereta..

image is not available

Kredit: Khairul Aming

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media