Ada Laluan Baru, AirAsia Akan Tawar ‘Direct Route’ Ke Jakarta Dari Kuching Mulai 15 Jun 2023

4 May 2023 • 11:29 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laluan baharu ini akan bermula pada 15 Jun ini

Ada Laluan Baru, AirAsia Akan Tawar ‘Direct Route’ Ke Jakarta Dari Kuching Mulai 15 Jun 2023. Dilaporkan AirAsia Indonesia telah mengumumkan laluan baharu yang akan menghubungkan Jakarta dan Kuching mulai 15 Jun 2023.

Ini merupakan salah satu sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pelancongan di rantau Asean.

image is not available
Ada Laluan Baru, AirAsia Akan Tawar ‘Direct Route’ Ke Jakarta Dari Kuching

Promosi bermula dari serenda RM199

Syarikat penerbangan itu menawarkan tambang promosi bermula dari serendah RM199 untuk penerbangan sehala, yang boleh ditempah melalui airasia Super App dan laman web rasmi sehingga 14 Mei ini.

Tambang promosi itu sah untuk perjalanan dari 15 Jun hingga 29 Oktober tahun ini.

Selain laluan Jakarta-Kuching, Indonesia AirAsia juga telah mengumumkan satu lagi laluan antarabangsa dari Jakarta ke Ho Chi Minh City di Vietnam, serta perkhidmatan domestik antara Jakarta dan Labuan Bajo di Nusa Tenggara Timur.

Lagi di sini: