“Ada Lelaki Tengok Sekali” – Peserta Miss Universe Indonesia Dakwa Penganjur Suruh Tanggal Baju Dalam Untuk ‘Pemeriksaan Badan’

WorldEntertainment
10 Aug 2023 • 3:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Enam peserta Miss Universe Indonesia membuat laporan polis mendakwa bahawa mereka telah menjadi mangsa gangguan seksual pihak penganjur.

Peguam mereka, Melissa Anggraeni berkata siasatan kini sedang dijalankan selepas anak guamnya mendakwa bahawa pihak penganjur mengarahkan mereka membuka pakaian dalam untuk membuat ‘pemeriksaan badan’.

Pertandingan itu telah berlangsung pada 29 Julai hingga 3 Ogos lalu dan lima daripada mereka didakwa disuruh berbuat sedemikian di dalam sebuah bilik yang turut mempunyai 20 orang termasuklah lelaki.

Dakwa mereka lagi, penganjur kemudian mengambil gambar mereka dan laporan telah dibuat kerana tiada keperluan untuk pemeriksaan fizikal seperti itu dilakukan.

Salah seorang mangsa mendakwa telah disuruh untuk melebarkan kakinya dan diminta untuk bergambar secara tidak wajar.

Pihak Pertubuhan Miss Universe berkata mereka sedia maklum tentang laporan itu dan mengambil serius dengan dakwaan gangguan seksual.

Menyediakan tempat selamat untuk wanita adalah keutamaan Pertubuhan Miss Universe.”

image is not available

Sementara itu, syarikat yang mengendalikan pertandingan itu, PT Capella Swastika Karya dan pengasasnya, Poppy Capella tidak memberi respon apabila dihubungi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 months ago

"Sebagai Orang Islam Janji Kena Tepati" - Tak Beritahu Tunai Haji, Ebit Lew Punca Penganjur Kerugian Lebih RM30K