‘Ada masa kami meminjam wang untuk ke hospital’

LocalHealth & Fitness
21 Aug 2026 • 9:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Ada masa kami meminjam wang untuk ke hospital’

LIPIS – Seorang bebas tentera berdepan ujian berat untuk menyara keluarga selepas mempunyai masalah kesihatan yang memaksanya menjalani rawatan mencuci darah tiga kali seminggu sehingga tidak mampu bekerja.

Mohd. Ezral Abd. Razak, 37, berkata, dia kini bergantung kepada pencen ilat sebanyak RM800 sebulan selain pendapatan tidak menentu isterinya, Nurul Bazilah Abdul Wahab, 38, bagi menampung keperluan keluarga.

Dia yang pernah berkhidmat di Batalion Ke-8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Lipis sebelum berhenti pada 2017 berkata, dia bersama isteri dan anak-anak terpaksa pulang ke Kampung Tanjung Gahai di sini dan menumpang di rumah keluarga mentua selepas tidak lagi mempunyai pekerjaan tetap.

Menurut bapa kepada tiga anak perempuan itu, pencen ilat diterima perlu digunakan untuk pelbagai keperluan termasuk makan minum, persekolahan tiga anak serta kos rawatan dan perjalanan berulang-alik ke hospital.

“RM800 itu tidak cukup untuk menampung semua keperluan. Makan minum sahaja sudah banyak, belum lagi belanja sekolah anak-anak dan kos ulang alik ke hospital untuk rawatan.

“Rawatan saya pula perlu dibuat tiga kali seminggu. Ada masa kami terpaksa meminjam wang untuk ke hospital kerana rawatan tidak boleh ditangguhkan,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung Gahai, di sini semalam.

Katanya, selain menjalani rawatan cuci darah, dia turut berdepan masalah kesihatan lain termasuk penyakit hati dan paru-paru yang mengehadkan pergerakan menyebabkan dia tidak mampu melakukan kerja berat.

Dalam pada itu, isterinya be­kerja sebagai pembantu kantin sekolah dengan pendapatan RM25 sehari bagi membantu keluarga.
Nurul Bazilah berkata, pada sebelah petang dia berniaga burger secara kecil-kecilan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi talian 013- 500 7380 atau menyalurkan sumbangan kepada keluarga ke akaun Bank CIMB bernombor 7036864354 atas nama Mohd. Ezral.

The post ‘Ada masa kami meminjam wang untuk ke hospital’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved