“Ada Masalah Keluarga” – Tular Dibelasah Di Tangga, Bapa Dedah Rupanya Gadis Lari Dari Rumah Sejak Tahun Lepas

1 Aug 2023 • 3:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial rakaman yang mempamerkan seorang wanita dibelasah oleh lelaki di tangga sebuah bangunan di Georgetown, Pulau Pinang.

Bapa mangsa dikatakan telah membuat laporan polis pada Ahad dan mendakwa wanita di dalam video tersebut merupakan anak perempuannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, lelaki tersebut mendedahkan anaknya itu telah keluar dari bandar itu sejak Disember tahun lepas disebabkan masalah keluarga.

image is not available

Sejak itu, anaknya yang berusia 24 tahun itu tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan kedudukan atau lokasi keberadaan mangsa.”

Polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

Patah Hidung & Pendarahan Di Kepala, Lelaki Dakwa Cedera Dipukul Anggota JMF Ketika Piala FA