“Ada Mulut Untuk Disuap..” – Awie Tetap Adakan Konsert Wings, Tunjuk Sokongan Melalui Cara Sendiri

Music
1 Nov 2023 • 1:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini ketika sidang media Konsert Wings The Rock Emperor, ramai yang menanyakan kepada vokalis kumpulan ini pendapatnya tentang mengadakan konsert di tengah-tengah isu peperangan Palestin sekarang.

Bagi Awie, sebagai seorang penyanyi dirinya masih perlu menjalankan rutin pekerjaannya seperti biasa bagi mencari rezeki untuk keluarga. Tambah penyanyi ini, konsert ini membabitkan ramai pihak yang juga perlu meneruskan hidup seperti biasa.

Kalau tak nyanyi, nak bagi anak isteri makan apa? Ada mulut untuk disuap.

Bukan itu sahaja, ujar Awie, mereka mendokong saudara Islam disana dengan cara mereka tersendiri. Katanya, selain mendirikan solat hajat bersama, kumpulan Wings juga bakal berkonvoi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Untuk info, konsert Awie dan kumpulannya, Wings akan diadakan pada 16 Disember akan datang sekaligus menjadi penutup tahun 2023.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

"Palestin Tengah Perang, Dia Pakai Baju 'Bunny'.." - Leona Sambut 'Halloween' Di Negara Orang Pakai Kostum 'Bunny' Minta Dikecam

View Original Article