
PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa hairan apabila mendakwa berdepan individu yang memiliki kad pengenalan Malaysia, namun tidak memahami bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.
Menerusi hantaran di Threads Laylajanan, dia pada mulanya bertanyakan sama ada individu berkenaan benar-benar rakyat Malaysia, sebelum individu tersebut hanya mengangguk.
Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih jelas apabila individu itu mengeluarkan aplikasi terjemahan untuk berkomunikasi dengannya.
“Kad pengenalan bangsa Cina Malaysia, tapi sepatah tak tahu bahasa Melayu atau Inggeris. Tanya balik kamu betul ke orang Malaysia dia angguk saja. Sudahnya stres dia bawa keluar ‘translation’. Itu dia.. Vietnam. Macam mana buat eh, IC jual ke curi identiti,” tulis hantaran itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
“Berdepan benda yang sama, pesakit sah-sah muka Bangladesh (pakai purdah tutup muka) sepatah tak faham bahasa Inggeris atau Melayu. Ada IC biru dan pasport merah. Cek MySara dan SPR pun wujud,” kongsi Emma.
“kami yang kerja juruwang ni dah banyak kali jumpa. Guna IC untuk beli barang tapi sepatah haram bahasa Melayu apa pun tak faham,” kata Fitrah. – KOSMO! ONLINE
The post Ada MyKad tapi tak faham bahasa Melayu, Inggeris appeared first on Kosmo Online.





