“Ada Orang Panggil Saya Godzilla” – Ummi Nazeera Dedah Pernah Di ‘Body Shaming’ Waktu Kecil

LocalEntertainment
18 Oct 2024 • 2:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan bahawa dia pernah diejek sewaktu berusia 11 tahun kerana memiliki tubuh badan yang agak berisi dan tinggi.

Dulu semasa saya 11 tahun, badan saya berisi sebab saya tinggi. Memang ada orang body shame saya ketika itu, panggil saya godzilla.

Memetik dari OhBulan!, Ummi berpendapat bahawa fizikal seseorang itu tidak patut dijadikan sebagai bahan ejekan.

Pelakon itu berkata dia tersentak oleh ejekan itu kerana ia datang dari seorang budak lelaki.

Saya sangat tidak setuju dengan body shaming terutamanya apabila ia berlaku di sekolah. Tapi hal itu berlaku ketika saya 11 tahun, umur 12 tahun saya terus kurus.

Ummi memilih untuk tidak memberi respon malah menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk dia kurus.

image is not available

Pelakon itu akui kejadian itu pernah memberi kesan terhadap keyakinan dirinya tapi dia tetap kuat untuk menghadapinya.

Tambahnya lagi, kini dia tidak lagi menerima kritikan dan gembira dengan tubuh badannya yang sekarang.

image is not available 2 days ago

Mahu Ceraikan Lepas Hidap Kanser, Isteri Terkilan Suami Lupa Jasa Jaga Waktu Sakit - “Dia Tak OK Sebab Saya Kena Buang Sebelah Payudara”