“Ada Peluang Untuk Balas Dendam Tapi Pilih Untuk Maafkan” – Ibu Shila Amzah

Entertainment
9 Nov 2023 • 5:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini kecoh mengenai konflik yang berlaku antara penyanyi, Shila Amzah dan keluarganya di media sosial. Walau bagaimanapun, ibu Shila, Fauziah Sarman masuh belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Kalau korang ‘follow’ ibu Shila atau lebih mesra dengan nama Mamazie, pasti korang tahu yang dirinya selalu berkongsi petikan ayat, nasihat mahu pun kata-kata yang berkait dengan kehidupannya.

Terbaru! Semalam Fauziah Sarman ada berkongsi satu petikan mengenai ‘orang yang hebat’ apabila dirinya disakiti oleh orang lain menerusi Instagram Story.

image is not available

Orang yang hebat itu adalah orang yang mempunyai peluang untuk membalas dendam tetapi memilih untuk memaafkan.

Video tersebut turut memperkatakan tidak perlu untuk membalas semula kepada individu yang menyakiti kita itu kerana perkara itu akhirnya tidak membezakan diri kita dan orang terbabit.

Sehingga kini, Fauziah masih tidak bertemu dengan Shila Amzah selepas konflik penjualan rumah itu berlaku dan menerusi Instagram story, hari-harinya dilihat dipenuhi dengan menghadiri majlis ilmu bersama rakan-rakan seperti Ziela Jalil.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.