
Kota Kinabalu: Beberapa pemilik struktur tanpa izin di Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) di Semporna yang berdepan arahan pengosongan, membakar rumah mereka untuk tujuan meraih simpati dan perhatian menerusi media sosial, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.
Beliau berkata perkara itu didedahkan oleh sumber polis yang terlibat dalam operasi perobohan kira-kira 138 rumah setinggan haram di Taman yang diwartakan itu, baru-baru ini.
“Operasi itu dilaksanakan atas faktor keselamatan berikutan insiden tembakan di Teluk Darvel baru-baru ini (di mana anggota polis cedera) dan aktiviti jenayah rentas sempadan di lokasi penempatan tanpa izin.
“Kedaulatan undang-undang negara yang berkuat kuasa dalam isu ini mesti dipertahankan,” tegasnya.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Agensi yang terlibat dalam pengusiran itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Marin, Pejabat Daerah Semporna, Esscom, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Majlis Daerah Semporna.
Pada Rabu, pengguna Facebook Tzu Wong memuat naik video dan gambar pondok Bajau Laut (gipsi laut) di Pulau Bohey Dulang dan Bodgaya.
Christina berkata mesyuarat yang dipengerusikan oleh Taman-Taman Sabah (TTS) dan Ketua Polis Daerah Semporna mengenai pengedaran notis arahan pengosongan diadakan pada 26 April lalu.
SEBAHAGIAN operasi perobohan itu.
“Operasi pengedaran notis itu berlangsung dari 2 hingga 4 Mei lalu. Notis diedarkan kepada 273 penempatan tanpa izin di TMTS.
“Perobohan dan pengosongan penempatan bermula dari 4 hingga 6 Jun dengan 138 penempatan tanpa izin dirobohkan. Rumah lain dirobohkan oleh pemilik sendiri dan beberapa pemilik meninggalkan kediaman mereka seperti sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.
Christina berkata TMTS ialah salah satu kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan TTS atau Taman Negeri.
Jelasnya, semua kesalahan dalam Enakmen Taman-Taman 1984 seperti menangkap ikan, membina struktur tanpa izin dan bercucuk tanam memberikan kuasa kepada TTS untuk mengambil tindakan seperti mana yang diperuntukkan dalam Enakmen tersebut.
“Isu pembukaan hutan di Pulau Bodgaya untuk tujuan pertanian serta pembinaan lebih 200 struktur tanpa izin adalah suatu pelanggaran terhadap Enakmen.
“Semua tindakan yang dilaksanakan ini dipersetujui oleh agensi berkaitan dalam beberapa sesi mesyuarat, termasuk lapan wakil komuniti TMTS sah, yang sebulat suara meminta agar komuniti tanpa izin dikeluarkan segera dari kawasan TMTS,” tambahnya.
Christina berkata ia “bukan pelanggaran hak asasi manusia” dan gipsi laut telah menjadi setinggan di sana sejak sekian lama.
“Terdapat banyak isu teknikal di sebalik ini. Kita perlu mengenal pasti dan mengesahkan kewarganegaraan mereka, adakah mereka ditawarkan untuk tinggal di daratan dan enggan memilih gaya hidup seperti itu?”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
