Ada penduduk Hulu Kelang tolak Azmin Ali, mahu Juwairiya Zulkifli jadi wakil rakyat

Politics
11 Aug 2023 • 9:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang penduduk Hulu Kelang menolak calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Selangor.

Menerusi sebuah ciapan di laman Twitter, @lamkanahraf atau Farhan mendakwa pengerusi PN Selangor itu telah mengkhianati mandat rakyat susulan terbabit dalam ‘Langkah Sheraton’ pada 24 Februari 2020.

Ada penduduk Hulu Kelang tolak Azmin Ali

Farhan mendedahkan, dia sebelum ini menyumbang undi kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berbanding memilih Azmin bagi kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun lalu.

image is not available

Foto: Suara.TV

“Sebagai orang yang membesar di Hulu Kelang, aku memang nak Azmin Ali terkubur lagi sekali PRN ni. Dia lah arkitek Langkah Sheraton yang mengkhianat mandat rakyat dan memberi ruang untuk PN mentadbir sampai rosak negara kita.

“PRU-15 lepas, aku drive balik ke Kuala Lumpur pukul 3 pagi untuk bagi undi ke @AmirudinShari. Kali ni, aku akan buang undi aku bagi Azmin terkubur lagi sekali. Ayuh orang Hulu Kelang. Jalankan tugas kita,” tulisnya hari ini.

Bagi PRN Selangor, Azmin yang juga bekas Menteri Ekonomi bertembung dengan Juwairiya Zulkifli yang mewakili calon Pakatan Harapan (PH).

image is not available

Foto: FB Juwairiya Zulkifli

Melihat reaksi warganet, rata-rata penduduk Hulu Kelang menyokong kenyataan Farhan dengan berharap Azmin akan ditewaskan sekali lagi oleh calon lawannya.

Insya-Allah, saya pengundi Hulu Kelang…

image is not available

Mahu tamatkan politik Azmin?

image is not available

Ayuh lakukannya!

image is not available

Mahu Juwairiya jadi wakil rakyat

Pada masa sama, segelintir individu menyatakan sokongan terhadap Juwairiya selepas melihat prestasinya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Sebagai penduduk Kuala Selangor, dia memang ‘function’

image is not available

Juwairiya rajin buat kerja

image is not available

Dia selalu turun padang

image is not available

Difahamkan, Azmin dan Juwairiya adalah tidak asing antara satu sama lain kerana saling mengenali dalam arena politik dengan membawa perjuangan prinsip masing-masing.

Sumber: Twitter @lamkanahraf