'Ada penjawat awam masih terima, minta rasuah' - PM

Politics
31 Dec 2022 • 9:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar menyampaikan amanat tahun baharu semasa menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra pada Sabtu. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa masih terdapat kelompok kecil dalam penjawat awam yang mengamalkan sikap meminta dan menerima rasuah.

Anwar berkata, beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok kecil itu kerana ia boleh mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan.

“Sebulan berlalu sejak saya mengambil pimpinan di negara ini. Ada perubahan tetapi saya beritahu rakan menteri tadi, ada bidang penguatkuasaan kelompok kecil yang masih cuai.

“Dan meneruskan adegan lama mengutip habuan, menetapkan kos tambahan, menentukan ada hadiah hadiah besar.

“Saya mohon bicara di masjid malam ini kerjasama sepenuhnya kerana percayalah saya tidak akan bertolak ansur dengan segala kecuaian yang telah merobohkan dan rosakkan negara kita selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan dalam majlis Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya pada Sabtu.

Tambah Anwar, beliau juga tidak akan membenarkan sebarang kecuaian yang boleh memusnahkan negara dalam kalangan penjawat awam dan anggota kabinet.

“Rasuah yang berterusan dalam tadbir urus boleh membawa kepada fitnah besar terhadap penjawat awam.

“Saya harap ada keinsafan dan perubahan atau tindakan tegas akan diambil.

“Kita tidak boleh membiarkan aspek seperti itu mengancam dan merosakkan pentadbiran dan tadbir urus negara,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved