Ada Penumpang ‘Memerut’ Dalam Bas, Tak Bersalah Tinggal Najis Merata

10 Sep 2022 • 9:03 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Zaman dah makin maju tapi masih ada individu yang tidak menjaga kemudahan perkhidmatan awam dengan baik.

Mana tidaknya, selain membuang sampah merata-rata, ada penumpang membuang air besar di dalam bas! Baca perkongsian Rapid KL ini.

Disclaimer: Ini bukan makanan ye. Ini adalah naji* manusia. Kejadian ini telah dua kali berlaku.

Rapid KL dalam satu hantaran di Facebook berkata, ini merupakan kali kedua pihaknya menemui kesan najis di dalam bas.

Susulan itu, para penumpang dinasihati agar menjaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling dengan baik ketika menggunakan bas atau tren.

Iyalah, perkhidmatan awam ni bukan seorang je guna, kalau sampai memerut dalam bas. Macam mana dengan keselesaan orang lain ye dak?

image is not available

image is not available

Di ruangan komen, netizen rata-ratanya mengecam tindakan pengotor penumpang itu. Mereka mencadangkan syarikat meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan pelaku.

Kredit: Rapid KL

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.