Ada Perisa Buah Engkalak Dan Asam Embang, Rasai Keenakan Aiskrim Unik Di Mokti’s Signature Metrocity

23 Sep 2022 • 4:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ada banyak lagi perisa aiskrim menarik menanti anda di sini!

Ada Perisa Buah Engkalak Dan Asam Embang, Rasai Keenakan Aiskrim Unik Di Mokti’s Signature Metrocity. Bagi sesiapa yang mempunyai sweet tooth di luar sana atau sesiapa yang gemarkan makanan manis dan sejuk, anda perlu cuba aiskrim lazat di Mokti’s Signature di Kuching.

Merupakan aiskrim jenama Malaysia, Mokti’s Signature telah membuka cawangan pertamanya di Borneo yang terletak di Metrocity, Matang.

image is not available
Ada Perisa Buah Engkalak Dan Asam Embang, Rasai Keenakan Aiskrim Unik Di Mokti’s Signature Metrocity. Kredit foro: FB Mokti’s Signature Kuching

Cawangan di Borneo merupakan yang ke 90

Kedai aiskrim ini sudah berjaya mengembangkan perniagaan mereka di Semenanjung dengan membuka sebanyak 89 cawangan dan cawangan yang baharu ini merupakan yang ke 90 buat mereka.

Apa yang uniknya di Mokti’s Signature cawangan pertama Borneo ini adalah mereka menyediakan menu aiskrim gelato dengan perisa yang amat unik. Buah kegemaran rakyat Sarawak iaitu buah engkalak dan buah asam embang dijadikan inspirasi untuk membuat aiskrim gelato di sini.

image is not available
Kredit foro: Afick Wazai

Rasa unik penuh lemak buah engkalak digabungkan dengan gula apong kemudian diolah menjadi aiskrim premium memang merupakan idea bernas sekali! Sorbeto perisa Asam Embang mereka juga memang menepati citarasa penduduk tempatan.

image is not available
Kredit foro: Afick Wazai

image is not available
Kredit foro: FB Mokti’s Signature Kuching

Menu menarik yang lain

Selain daripada dua menu unik tersebut, mereka juga mempunyai menu menarik yang lain seperti Dragon Fruit Soberto, Berries and Chili Soberto, Pistachio, Snickers, Teh Tarik, Milo dan banyak lagi.

Buat anda di luar sana yang suka mencuba sesuatu yang baru, anda perlu singgah ke Mokti’s Signature untuk menikmati aiskrim premium lazat dan unik.

Lagi port aiskrim lokal menarik buat anda:

View Original Article