Ada Pinggan Bercorak, Beli Barang Kelengkapan Rumah Di One Stop Superstore Kuching

27 Sep 2022 • 4:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutanimage is not available

Ada Pinggan Bercorak, Beli Barang Kelengkapan Rumah Di One Stop Superstore Kuching. Jika anda masih lagi mencari barang kelengkapan rumah dengan harga yang mampu milik di Kuching, apa kata anda singgah ke One Stop Superstore.

Baru sahaja membuka cawangan ketiga mereka pada awal bulan September ini di Wisma Satok, pelbagai barangan menarik menanti anda di sini.

image is not available
Ada Pinggan Bercorak, Beli Barang Kelengkapan Rumah Di One Stop Superstore Kuching. Kredit gambar: Sharifah Jumani Wan Azman

image is not available
Kredit gambar: Sharifah Jumani Wan Azman

Sebut sahaja apa yang anda inginkan, semuanya ada dari barangan dapur sehingga barangan mainan kanak-kanak juga ada dijual di sini.

Antara barangan yang menarik di sini adalah, pinggan bercorak, cawan comel, sudip, aneka bekas makanan kedap udara, botol air dengan bermacam-macam design, periuk nasi, baby chair, headphone, pelbagai jenis mainan kanak-kanak dan banyak lagi.

image is not available
Kredit gambar: One Stop Superstore Sarawak

image is not available

Untuk harga pula, anda jangan risau kerana semua barangan di sini amat berpatutan dan jika anda membuat kad keahlian mereka pula, anda berpeluang untuk mendapat harga yang lebih murah lagi.

image is not available

Setakat ini, One Stop Superstore mempunyai tiga cawangan di Kuching iaitu di MJC Batu Kawa, Kuching Sentral dan juga Wisma Satok.

Di sini juga anda boleh berbelanja dengan selesa kerana adanya penghawa dingin, jadi bolehlah shopping dengan aman di One Stop Superstore!

Lagi tempat menarik buat anda: