Ada ‘Plan’ Nak Bercuti Di Jepun? Ini 5 Hotel Di Jepun Dengan Pemandangan Gunung Fuji

LocalTravel
13 Nov 2024 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika di Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar KLCC menjadi simbolik kepada Malaysia. Jika di Jepun, Gunung Fuji merupakan ikon kepada negara Matahari terbit itu.

Gunung setinggi 3,776 meter ini telah menarik ramai pelancong, terutamanya mereka yang datang dari luar untuk merakam gambar keindahannya kerana keunikannya yang diselimuti salji pada puncaknya.

Oleh itu, kebanyakan lokasi yang memaparkan pemandangan gunung ini dipenuhi oleh pelancong dan ada yang sanggup mencari hotel yang menawarkan pemandangan itu.

Jadi, untuk yang sedang merancang untuk ke Jepun, ini beberapa senarai hotel yang boleh didiami di Jepun yang mempunyai pemadangan Gunung Fuji.

1. Hotel Mystays Fuji Onsen

Hotel Mystays Fuji Onsen Resort agak strategik kerana berdekatan dengan beberapa pemandangan terbaik Gunung Fuji, serta Taman Arakurayama Sengen, yang terkenal dengan pagoda lima tingkatnya yang mengagumkan. Selain itu, Tasik Kawaguchi yang berdekatan memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati aktiviti mendaki dan melawat pelbagai muzium di tepi tasik.

image is not available

2. Nippondaira Hotel (Shizuoka)

Hanya satu jam dari Tokyo, Nippondaira Hotel menyediakan tempat pelarian sempurna di Shizuoka, dengan pemandangan panorama langit yang sentiasa berubah dan Gunung Fuji.

image is not available

3. Fuji View Hotel

Pemandangan panorama Gunung Fuji. Sebuah hotel dengan kolam air panas onsen sendiri, terletak di tepi Tasik Kawaguchi. Kawaguchi ialah sebuah tasik di kaki Gunung Fuji, di mana ia menawarkan pemandangan tanpa halangan bentuk megah Gunung Fuji dari hadapan.

image is not available

Sumber : Copyright:ISHIMORI STUDIO  

4. Highland Resort Hotel and Spa

Highland Resort Hotel and Spa menawarkan pemandangan menakjubkan Gunung Fuji. Nikmati kolam mandi air panas, kemudahan spa, dan kemasukan awal ke Fuji-Q Highland.

image is not available

5. Shuhokaku Kogetsu

Pemandangan indah Gunung Fuji dan tasik dapat dilihat dari Shuhokaku Kogetsu yang terletak di pantai utara Tasik Kawaguchi, di tepi tasik yang dapat dilihat dari semua bilik tetamu.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 days ago

“Mereka Bimbang Ia Mungkin Tercicir” - Anthony Loke Umum Penggunaan My50 Tidak Lagi Terhad Kepada MyKad