Ada Tarikh Di Tapak Kaki, Lelaki Dakwa Jumpa Abu Mayat Dalam Teddy Bear

26 Sep 2023 • 2:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang lelaki jumpa bungkusan aneh dalam perut anak patung didakwa ada abu mayat orang Jepun

Ada Tarikh Di Tapak Kaki, Lelaki Dakwa Jumpa Abu Mayat Dalam Teddy Bear. Terbaharu, satu hantaran tular apabila seorang lelaki menyangka anak patung yang dibelinya mempunyai unsur mistik memandangkan ada bendasing di dalamnya.

Bagaimanapun, menerusi perkongsiannya di laman Facebook, anak patung itu berasal dari Jepun kerana mempunyai tulisan Jepun di tapak kaki. Difahamkan, pembeli membeli anak patung itu daripada seorang penjual boneka preloved.

Dalam pada itu, individu itu turut mendakwa anak patung miliknya itu mempunyai tabung untuk menyimpan abu mayat, iaitu cara pengurusan kematian di Jepun.

image is not available
Sumber: mstar

Beberapa benda pelik yang dilihat ada dalam anak patung itu

Difahamkan, menurut sumber, dakwaan berkenaan dibuat berdasarkan beberapa ciri yang dilihat ada pada patung tersebut.

Selain itu, boneka tersebut dikatakan mempunyai tarikh yang terteta pada tapak kakinya selain pada bahagian dalamnya yang mempunyai beg plastik mengisi ‘sesuatu’.

“Hasil bedah siasat patung misteri yang saya jumpa sebentar tadi, saya rasa memang betul ada abu mayat yang dibungkus di dalam beg plastik dan dimasukkan ke dalam teddy bear ini.

“Jadi lepas ni berjaga-jaga la kepada pembeli dan penjual kalau terjumpa barangan sebegini. Saya tengah fikirkan cara yang terbaik untuk lupuskan abu mayat ni.

“Tak sangka boleh viral teddy bear ni, kebetulan saya pun ada simpan teddy bear yang serupa, mungkin sebelum ni terlepas pandang,” kata lelaki itu menerusi perkongsiannya di laman Facebook.

image is not available
Sumber: mstar

Netizen mula rasa gerun dan fobia dengan anak patung mainan

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial berasa takut dan gerun dengan andaian dibuat lelaki tersebut. Bahkan, mereka turut mula berasa fobia dengan anak patung mainan.

“Alamak takutnya dengar begini, berhantu rumah kalau secara tak sengaja simpan abu mayat entah siapa-siapa punya,” ujar salah seorang pengguna di Facebook.

Seorang individu pernah menetap di Jepun menjelaskan perkara sebenar

Namun, seorang netizen yang pernah menetap di Jepun tampil memberikan pencerahan mengenai isu tersebut dan menafikan dakwaan lelaki itu.

“Ini bukan teddy bear untuk simpan abu mayat. Di Jepun kita boleh order teddy bear ni untuk bagi hadiah sempena majlis perkahwinan atau sambutan kelahiran bayi. Kita panggil congratulory bear atau newborn bear.

image is not available
Sumber: cari

“Tarikh tu boleh jadi tarikh kelahiran bayi atau tarikh perkahwinan, yang ukuran berat tu adalah berat bayi lepas lahir. Yang plastik dalam teddy bear tu adalah pemberat untuk samakan berat teddy bear dengan berat bayi.

“Dekat kaki teddy bear tu pun ada tulis jenis darah bayi sebab orang Jepun percaya benda tu boleh gambarkan personaliti mereka.

Dipercayai lelaki itu sedar akan kekhilafannya lalu segera memohon maaf dan mengambil maklum akan maklumat yang diterimanya.

Baca juga artikel yang berkaitan: